Tuesday, 19 January 2010

PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN

Sumber : cilipadi007.blogspot.com


Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”
Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti. Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan. Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.


Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas. Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang” Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.


Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka. ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah. Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP).


Tiada individu yang berani menghalang operasi judi secara berlesen kerana kekangan undang-undang.Hanya istilah TEGUR serta tarbiah saja kemampuan tokoh agama terbilang. Kesemua Ulamak Pondok sepakat bahawa hanya dengan kuasa politik saja Islam dapat ditegakkan di Malaysia.Bayangkan dengan Pondok Pasir Tumbuh,Pondok sungai Durian,Pondok Lubok Tapah dll hanya mampu membenci JUDI,DISKO DAN MAKSIAT yang jelas HARAM disisi Islam. Kemenangan 1990 memberi kuasa kepada TGNA untuk menutup premis judi di Negeri Kelantan.Semua maksiat dapat diTUTUP dengan kuasa politik yang dimilikki TGNA dan jamaah Exconya. Perginya Paknik Lah mengadap Ilahi tatkala sedang berceramah diratap seluruh warga Pas.Rindu kasih pada beliau sedikit terubat bila anak sulongnya menjadi pengganti.Nik Amar Berjaya mengganti kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tapi sayangnya hanya 50% peribadi Paknik Lah diwarisi Nik Amar.


Sedarkah kita bahawa Kerajaan Islam Kelantan yang ada ini kita warisi dari nyawa dan jihad pemimpin terdahulu.Pengorbanan mereka terlalu mulia hingga nyawa jadi taruhan. Betapa keringat ,airmata dan darah mengalir dari perjuangan Pas.Perjuangan zaman sebelum 1990 cukup perit.Pas serba kekurangan dari aspek kewangan mahupun longistik.Tapi semangat juang ‘FI SABI LILLAH’ tidak pernah luntur. Misteri kematian HJ SAMAD GOL penuh tragis dan teka teki.Sebagai wakil rakyat pas yang hebat tentunya mengundang gerun di hati musuh Islam.Syahidnya Hj Samad Gol bila TETAKAN KAPAK membaham leher beliau tanpa belas kasihan selepas berceramah di Pejabat Pas Kelantan. Ramai pemimpin muda tidak mengenali Hj Samad Gol.Hanya nama menjadi sebutan.Kehebatan Mohd Sabu berceramah mengingatkan kita kepada Hj Samad Gol.Lantang dan berani dengan suara yang gagah adalah keistimewaan Hj Samad Gol yang tiada gantinya. Tidak ternilai juga gerak kerja dan buah fikiran PROF ZULKIFLI AHMAD bekas Ahli Parlimen Bachok.beliau antara pemimpin yang bijaksana dalam Pas anugerah Allah. Gaya pidato Prof Zulkifli masih tiada tandingan. KeBISAan berpidato dengan gaya bahasa terindah hingga digelar ‘Sukarno Malaysia’.Ribuan Khalayak terpegun,sunyi sepi menghayati setiap tutur kata darinya tatkala berceramah.Ceramah beliau adalah medan ilmu untuk teguhkan pegangan dan menjadi modal kepada pendokong Pas beristiqamah.


Prof Zulkifli tidak lokek menurunkan segala ilmu dari pengalamannya sebagai ahli akademik untuk susun atur gerakan Pas.Daya intelek yang ada telah diadaptasikan untuk perjuangan Pas. Takdir Allah mengatasi segalanya.Di saat khidmat beliau untuk Pas terlalu amat perlukan,Pro f Zulkifli telah pergi menyahut seruan allah.Beliau telah ‘syahid ‘ kemalangan jalan raya di Negeri Pahang. Jangan kita lupakan arwah CIKGU MUSA SALLEH Pasir Puteh.Biarpun beliau mati diluar dari Pas tapi percayalah tanpa Cikgu Musa keadaan mungkin berbeza .Beliau pembangkit ‘semangat’ dikala jiwa penyokong Pas menjadi lesu tidak bermaya. Era Cikgu Musa cukup menakutkan bila lahirnya Pemuda Tahan Lasak.Gerak gempur Pemuda Tahan Lasak sangat kejam,zalim.Bayangkan setiap ceramah Pas disabotaj.Rumah penyokong Pas dilontar batu hingga pecah cermin dan dinding.Pemuda Pas dipukul,dilanyak sesuka hati.


Cikgu Musa bangkit berceramah di saat genting berdepan Pemuda Tahan Lasak.Tiada penceramah berani ke depan kerana takut mengambil risiko.Hanya Cikgu Musa dengan misai “ala pelakon Hindustan” tidak pernah gentar pada semua itu. Daerah Pasir Puteh terkenal dengan “GEDEBE” yang ramai.Faktor duit menyebabkan ramai gedebe dibeli BN untuk menghentam Pas.Banyak kali ceramah Cikgu Musa diganggu tapi beliau tidak pernah berputus asa.Kezaliman musuh ditutupi oleh keberanian beliau. Beliau sendirian berceramah diiringi teman setia.Mengikut cerita Hj Salleh Bukit Gedombak yang selalu menemani Cikgu Musa berceramah ”ceramah dulu tak ramai pendengar kerana rakyat takut untuk dengar ceramah Pas”. “Ramai yang kena penampar,ditendang dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak.Ambo mesti bawa senjata sebagai pelindung diri bila diajak Cikgu Musa”.


TGNA juga tidak terlepas dari serangan Pemuda Tahan Lasak.Tanyalah bekas Penghulu Badang, Pak Ariffin yang setia mengiringi TGNA berceramah.Bukan pelik ceramah TGNA dilontar batu, diugut pukul dan dihalang secara keras. Tentunya TGNA masih ingat peristiwa selepas ceramah di Semut Api,Badang.Kereta TGNA dihalang batang kelapa dalam perjalanan pulang selepas ceramah.Pak Ariffin terpaksa memotong batang kelapa tersebut dengan gergaji untuk membuka jalan bagi TGNA pulang ke rumah.


Pas mencapai era gemilang selepas tahun 1990.Kemenangan besar membolehkan Kerajaan Kelantan menjadi milik Pas.Perjuangan Pas berubah dari pembangkang menjadi kerajaan.Anugerah Kerajaan Kelantan tentunya bersama ‘ghanimah’ yang menguji mentaliti para pejuang. Sikap tamak haloba pemimpin tempatan Pasir Puteh telah “mengorbankan” Cikgu Musa.Pangkat dan jawatan mula dikejar.Demi mencapai cita-cita busuk dan jawatan,golongan ini telah memfitnah untuk menjatuhkan Cikgu Musa. Sayang Seribu Kali Sayang! Terlalu mudah pucuk pimpinan parti mempercayai fitnah terhadap Cikgu Musa.Adilkah tindakan yang diambil terhadap beliau? Di mana nilai keringat pengorbana beliau saat Pas dalam kesusahan.
Tindakan cikgu Musa menyertai AKIM bukan UMNO sebagai tanda kecewa dengan pucuk pimpinan.Jiwanya tetap bersama Pas sehingga akhir hayat.Walaupun beliau membawa diri jauh dari Pas tapi jasa dan pengorbanan beliau adalah secebis dari coretan perjuangan Pas Kelantan. Jangan kita lupakan watak-watak hebat seperti Arwah Asri Muda dan juga Muhamad Nasir.Biarpun harumnya seketika cuma namun ianya tetap terukir dalam kamus Perjuangan Pas.Wangian yang dicoretkan mereka berdua tetap dihidu dalam kenangan mengisi liku-liku Pas Kelantan. Pas juga terhutang budi tidak terhingga kepada arwah Ust Buniyamin Yaacob,penceramah hebat era 90’an.Beliau bersama Hj Mohd Sabu membuat ‘road-show’ di setiap pelosok daerah di Kelantan agar Pas diterima biarpun serba kekurangan.


Arwah Buniyamin ‘mengadap Allah’ tatkala keringatnya masih diperlukan Pas Kelantan.Sedihnya beliau tiada harta pusaka untuk kelangsungan hidup keluarganya.Apa yang ditinggalkan hanyalah sebuah perjuangan yang diharapkan dapat membantu kesusahan keluarganya. Sukar untuk Pas bangkit selepas ditendang dari BN.Buktinya pada pilihanraya umum 1978 betapa pas berada jauh dari hati rakyat. Derita selepas tahun 1978 terubat 12 tahun kemudian iaitu 1990.Jangan pula pimimpin muda lupakan luka lama yang perlu dipahat di sanubari sebagai iktibar sebuah perjuangan. Kini Pas memiliki segala-galanya.Hampir setiap kawasan mempunyai bangunan sendiri hasil dari ‘INFAQ’ ahli parti dan sumbangan dari ‘KHAZANAH’ daerah Hulu Kelantan.Pemimpin makin selesa dengan pelbagai imbuhan yang banyak melekakan dan sesetengahnya menjadi alpa “LUPA DARATAN”. Tahukah pemimpin muda kini betapa susahnya bergerak sebagai pembangkang.Mengikut Ust Rahimi Al-Madani Baung, Pas Kelantan pernah BERIJTIMAK dalam KEBUN GETAH di TEPI TALIAIR KG TOK PANJANG,BINJAI KOTA BHARU.Bayangkan peritnya dengan pacat dan nyamuk menjadi teman tika berijtimak.


Kini semua derita sudah berlalu.Sungguh mudah kita lupakan dugaan aktivis terdahulu.Bayangkan IJTIMAK ULAMA MUDA berlangsung di Dewan KTC,sejuk dan nyaman.Tiada lagi unggas dan lumpur selut sebagai teman.Hampir separuh hadir berkereta,ada juga BERKERETA MEWAH.Tidak lagi menumpang van C20 milik peniaga pasar malam. Awal pemerintahan Pas 1990 rakyat cukup bersatu dan simpati dengan perjuangan.Kerana ikhlas dan kasih sayang mendalam kepada Islam, rakyat menderma tanpa berfikir panjang.Adakalanya bukan sekadar WANG RINGGIT tapi GELANG dan CINCIN EMAS turut didermakan. Kerana perjuangan rakyat sanggup berkorban harta benda.Rela terlepas nasi berlauk pagi kerana Pas lebih perlukan derma.Rakyat marhaen menjiwai perjuangan Pas sepenuh hati.


Amanat bekas Presiden arwah Ust Fadzil Nor di penghujung usianya cukup mengharukan.Arwah selalu berpesan tentang beberapa perkara yang hampir menjadi kenyataan kini.Sungguh tajam daya fikir arwah waktu menerajui Pas. Pertamanya arwah mendoakan agar Allah panjangkan umur Dr Mahathir.Tujuannya supaya Dr Mahathir sempat melihat kemusnahan politik di Malaysia hasil kesilapan beliau selama 22 tahun menjadi PM.Kini Dr Mahathir cukup menderita melihat legasi yang ditinggalkan. Ucapan Dasar Presiden dengan tema FIKRAH MADHIAH sangat dalam maksudnya.Apa yang dibimbangi oleh arwah Ust fadhil kini hampir menjadi kenyataan.Lontaran idea juga amaran arwah terhadap mentaliti KEBENDAAN agar jamaah lebih berwaspada jika ditakdirkan membentuk Kerajaan.


Lupakah Pemimpin Pas sekarang pada satu muktamar di PUTIK era arwah Ust Fadhil menjadi Presiden. Dengan tema WAHDATUL FIKRAH kita mendengar perbahasan yang penuh simbolik.Hakikatnya kita semua hampir lupakan INTIPATI yang telah disetujui bersama. Perginya mengadap Rabbuljalil arwah Ust Fadhil sebelum melihat Pas berjaya seperti PRU12.Sudah tersurat bukan rezeki arwah untuk melihat Pas menjadi tonggak siasah di Malaysia.Biarpun begitu arwah telah memPUSAKAkan Pas dengan landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan.


Kekosongan selepas ketiadaan arwah Ust Fadhil masih belum terisi hingga kini.Jiwa,semangat kental dan bijak membuat keputusan politik adalah aset arwah yang sukar dicari ganti.
Pas menerima kepimpinan Ust Hadi Awang sebagai Presiden dengan penuh tawadduk.Garapan seni politik beliau juga tajam berbisa.Sayangnya zaman beliau terlalu banyak cabaran dan dugaan menggugat perpaduan ahli-ahli parti. Kini pelbagai isu melingkari jamaah Islam bernama Pas.Kita bertelagah berebut jawatan,pangkat dan ‘ghanimah’. Beginilah lumrah manusia,tinggi sabarnya bila ditimpa kesusahan.Namun bila diuji dengan kesenangan ramai yang kecundang…...LUPA DIRI.


Tiba masanya Pas muhasabah atas mihnah dan tribulasi yang berlaku kini.Hidupkan kembali roh USRAH yang semakin dilupakan.Konsep TARBIYYAH juga mesti selari dengan tuntutan politik abad ke 21. Maksimumkan gerak kerja penerangan seperti CERAMAH untuk penjelasan isu-isu semasa.Bangkitkan kembali semangat rakyat yang hampir luput dari kamus perjuangan Pas.Rasailah denyut nadi rakyat marhaen yang menjadi ‘HARD CORE’ Pas selama ini. Pemimpin besar di semua peringkat hendaklah menjadi contoh kepada rakyat bawahan dari segenap aspek.Amalkan sikap SEDERHANA dalam semua sudut kehidupan agar kemanisan perjuangan itu dapat dirasai kembali.


Pimpinan semua peringkat hendaklah menjauhkan diri dari ambang FITNAH yang merupakan api dalam sekam.Jangan tinggalkan ruang walau sebesar lubang jarum untuk pihak lawan yang sentiasa menerkam dengan agenda tersendiri.


Pulihkan kembali PERSEPSI yang tercalar selama ini sebelum terlambat untuk PRU13.Kembalilah pada asas Perlembagaan Pas yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Berjuanglah dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah.Semoga Kerajaan Islam Kelantan mendapat perakuan dari Rasulullah sebagai menurut sunnahNya dan hampir menyamai PIAGAM MADINAH.


Sekian.

cilipadi007

No comments: