Friday, 8 January 2010

Kemalangan Nizar : Sijil Sakit kurniaan Allah yang mesti dipatuhi !

Oleh : albanjari


Sembang pagi kedai kopi lepas subuh tadi sikit panas. Tak pasal cuping jadi merah. Semua gara-gara 'Nizar' ! Si totok PAS dengan kepala 'lilit serban' tepi meja layan bagus gila persepsi Nizar 'accident' pasal UMNO nak sabotaj Nizar. Nyamuk keliling totok PAS ngangguk-ngangguk macam kena wala' saja apa yang totok PAS ni 'hujah-auta'kan. Siap tambah perisa lagi kata, pemandu kereta yang 'sabotaj' kereta Nizar siap pecut lari macam peluru tinggalkan tempat kejadian, " memang sah, tali barut Umno pemandu tu..", Huh ! telinga mula jadi kembang bila dengar fakta diautakan. Itu satu bab.

Depan wak, sama macam totok PAS, lilit serban atas kepala, tapi memang karat biru, pekat. Sambil hirup teh O, sambil jeling meja sebelah. Kerana keliling meja orang PAS, karat Umno diam saja. Sesekali tengok muka wak. Dalam diam, sesekali nampak ketara muka dia 'hangin' dengar 'jiran' sebelah kutuk Umno. Wak pecah kebisuan totok Umno, tanya dia " tahu ker Nizar 'accident' semalam ? " dia jawab " tak tau..belum baca Utusan lagi pagi ni ! " Elok la kena kutuk pun, kalau kena 'auta' pun totok Umno ni, memang patut sangat, jenis duit sekupang.

7.15 pagi semua angkat punggung. Wak juga angkat kaki. Masa lalu tepi kedai, nampak tok haji totok UMNO beli Utusan. Dalam hati wak, siap ler esok pagi, giliran totok PAS pula kena 'sembur sindir' dengan totok Umno. Dan kerana cerita Nizar, 'teh O dan nasi lemak' wak pagi ni ada orang tolong bayar. Alhamdulillah !!






Andai ada penumpang di sebelah pemandu, kemungkinan cedera parah itu peratusnya besar, lihat keadaan sisi kiri..ranap ke bumi







Yakinlah..bahawa Allah swt itu Maha Berkuasa, Nizar selamat dibahagian pemandu, tidak remuk bahagian kanan sebelah pemandu biarpun terbalik begitu..Subhanallah !



Sumbangan foto diambil dari koleksi blogger Ajijoi blogspot yang hadir ketempat kejadian kelmarin.


(anak sengat) - Berbagai spekulasi dari kemalangan kereta yang membabitkan DS Nizar Jamaluddin. Baik ada..buruk pun ada.Masing masing punya pandangan tersendiri. Apa yang jelas ada ma'unah dalam kemalangan tersebut. Kereta yang rosak teruk sedangkan tuannya masih segar bugar, mungkin orang jatuh kuda lebih teruk dari itu.

Bukan rahsia lagi bagaimana DS Nizar menghabiskan masa sejak bergelar YAB Menteri Besar.Kesibukannya amat ketara. Selepas dijatuhkan secara paksa dengan konspirasi ganas membabitkan beberapa institusi, kesibukan yang sepatutnya berkurang menjadi semakin bertambah. Dari kesibukan memenuhi tugasan bertukar menjadi kesibukan mengembalikan keadilan dan hak yang dirampas. Tentunya lebih sukar lagi.

Boleh dikatakan nama DS Nizar sentiasa berada di serata pelusuk alam Malaysia khususnya di negeri Perak. Setiap malam jadual kuliah dan ceramah sentiasa memenuhi diary. Sejak subuh kuliah dan berbagai jemputan sentiasa diisi. Hanya keluarga dan mereka yang sentiasa di sisi dapat merasai.

Kemalangan yang berlaku walaupun tiada kecederaan serius memaksa DS Nizar direhatkan kerana tekanan darah yang tiba tiba " mencanak" . Ia satu paksaan yang tiada alasan. Ia sijil sakit yang mesti dipatuhi. Mungkin ianya satu ruang waktu di beri Allah buat beliau berehat melepas penat lelah di samping bermuhasabah agar perjalanan hari muka mampu ditempuhi dengan tabah.

Apapun jua, semoga Allah menjadikan apa terjadi satu hikmah besar buat insan yang berjiwa besar, semoga Allah memberi kesembuhan untuk beliau.

aidilbalsus : Moga Dato' Seri cepat sembuh dan berjuang seperti biasa. Ya Allah lindungi pimpinan kami semuanya.

No comments: