Tuesday 5 January 2010

Isu kalimah ALLAH : Ulasan Blogger

Ulasan aidilbalsus : Lu pikirlah sendiri.........................

..........................................................................................

http://abnnasution.blogspot.com/2010/01/orang-kuat-umno-bagitahu.html


Karangan ~PakKaramu~ on 1/03/2010

Salam

PERKATAAN ALLAH ADALAH ISU POLITIK MEMERANGKAP ORANG PAS YANG..........

Setelah berbagai risikan gagal, setelah kerajaan perpaduan gagal, namun UMNO tak putus asa nak bagi boleh bagaimana nak cangkok PAS bersatu dalam UMNO atau bersatu dalam BN ini kerana UMNO tak mahu PAS bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN, UMNO lihat dengan kemasukan PAS dalam UMNO atau BN maka BN atau UMNO jadi kuat dan sihat, dan setakat ini nampaknya PAS masih waras kerana Nik Aziz suruh UMNO keluar BN dan masuk PAS pula.

UMNO sentiasa cari jalan bagaimana nak satukan melayu atau nak satukan islam tapi tak jumpa sehinggalah kes mahkamah bagi laluan dengan majalah kristian gunakan perkataan ALLAH, nah ! di sinilah peluang UMNO nak bakar semangat melayu dan islam supaya bersatu tapi bagi Pak Karamu isu ALLAH ni tersangat kecil kerana jika kita perlu bersatu dengan isu kecl maka bersatu itu tak penting kerana ianya bukan sebab agama tapi sebab politik saja.

Dalam PAS memang ada pemimpin yang telah terperangkap dengan semangat yang di tiupkan oleh orang UMNO tapi mereka ini di anggap orang yang tidak penting, sekalipun mereka ini ada jawatan tinggi dalam parti kerana kenyataan mereka bercanggah dengan kehendak Allah dalam quran dan mereka ini eloklah keluar saja dari PAS dan masuk UMNO sekurang-kurangnya mereka ini dapat di jadikan oleh UMNO ulama mereka yang masih kosong.

Orang UMNO sentiasa mencari sebab untuk menyatukan orang melayu atau orang islam bagi mengokohkan parti mereka yang di ibaratkan bagaikan kayu yang telah di makan anai-anai yang menunggu rebah ke bumi.

No comments: