Salam wajah-wajah,
Sapa aduka taruna ni. Macam wayang P.Ramlee. Tapi aku suka Ibu Mertuaku, Ibu mertua yang meroyan. Ahaks....
--------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh:albanjari
'Nasi telah menjadi bubur'. Itulah peribahasanya. Namun jangan kita terlalu sombong untuk menidakkan 'bubur' kerana bubur juga sedap dimakan. Bubur lambuk menjadi pujaan setiap Ramadhan. Saya kira biarpun penulis blog Aduka Taruna ini yang kini tiba-tiba sahaja menjadi 'infamous' seantero Malaya, kerana telah dikaitkan dengan isu ini, apalah kiranya kita dan sekelian kita yang ada disini membuka sedikit ruang untuknya mencuri nafas kurniaan Allah untuknya bangun 'membela diri'.
Saya juga menyeru kepada sahabat sekelian tidak kira apa jua fahaman politiknya, cukup-cukuplah mencerca, memaki, menghamun serta mengeji maki, kerana beban yang beliau terima kini kerana menulis sesuatu yang mengelirukan itu mungkin telah benar-benar memberikan 'tekanan jiwa' yang sangat parah buat diri dan keluarganya. Jika dilihat secara halus, mungkin ini salah satu 'kifarah' yang Allah ingin perlihatkan kepadanya. Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa atas sesuatu..Lihat saja pemberitaan media cetak dan eletronik dibantu pula oleh bloggers pro-kerajaan yang terus-terusan men'jentik' dan memanaskan 'api', buat beliau semakin rebah. Itu hukum karma'nya. Jauh disudut hati, dapat saya rasakan bahwa 'tekanan jiwa dan perasaan' beliau kini bukan kepalang. Bukan sahaja pada dirinya, isteri serta keluarganya, malah musibah ini turut meracuni hari 'gembira' nya. Subhanallah.Ini perkembangan terkini yang telah beliau tuliskan diblog beliau petang tadi.
Jika ditanya kepada saya, yang salah tetap salah dan perlu diadili. Tetapi tidak juga menjadi satu yang salah jika kita dapat memberi 'reda' kepada beliau dengan memberi kemaafan. Siapa yang tidak kenal Aduka, berapa 'tan' kutukan dan sindiran juga maki yang saya tidak terima kerana tidak bersetuju dengan hujahnya melalui blog? Tidak sedikit. Biarpun tulisan beliau turut menghiris hati. Sama jua rasa terhirisnya rakyat Johor bila dikelirukan oleh beliau melalui tulisannya tempohari. Atas semangat saudara dan agama, dan sangka baik saya, saya reda memaafkan. Sungguh benar, memaafkan seseorang yang kita 'geram' bukan sedikit cabarannya. Alhamdulillah. Dan itu yang sebaik-baiknya, maaf memaafkan. Kerana itu hubungan sesama blogger tetap terjalin baik. Hujah balas hujah. Itu asasnya.
Maafkanlah beliau.Soal tulisan beliau 'menghina' Almarhum Sultan, serahkan saja kepada pihak Polis. Lagipun puluhan repot telah dibuat. Satu pasukan Khas juga telah dibentuk. Biarkan beliau berurusan dengan polis untuk polis melakukan siasatan. Jika benar beliau salah, terima hukuman dengan dada yang lapang kerana setiap musibah yang diberi Allah itu ada tanda yang tersirat kepada mereka yang berfikir.Juga jangan disalahkan kecaman yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Johor, kerana atas nama dan imej parti, itu satu yang sangat wajar dilontarkan kepada kamu. Mengapa? Saya tahu kamu ada jawabnya mengapa kamu dikecam.Beri beliau ruang untuk membela dirinya sendiri. Kerana beliau juga ada 'hak' di sisi undang-undang untuk membela dirinya. Untuk Aduka, menjadi blogger bukan satu tiket kebal untuk menulis apa saja.
Blogger juga terikat dengan etika dan batasnya. Berubahlah..! (Bloggers) tetap 'mentimun'. Jangan ingat semua mentimum mampu dimakan, yang pahit tetap dicampak orang ke longkang. Ingat tu !! END - Ini entri terakhir yang wak ulas berkaitan isu ini, full stop.
____rujukan *Kenyataan Media 2 :
Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak.
Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;
“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”
Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;
“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”
dan; “Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “
Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;
“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”
dan; “Muawiyah + Aishah plak.Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”
DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat. Jakim perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina Ulama’, keluarga Rasulullah dan Sultan.
DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik.DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini. Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu.
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment