Friday, 22 January 2010

Cah keting, satu pandangan

Oleh : aidilbalsus

Salam Wajah-wajah

PAS yang ditubuhkan pada tahun 1950an atas kesedaran para Alim Ulama’ perlunya Islam didaulatkan di negara ini. Mereka merasakan Al-Quran dan Hadis mesti menjadi Perlembagaan yang majoriti Negara ini umat Islam. Pelbagai rintangan dan cubaan yang dihadapi oleh semua pendokong PAS satu masa dulu. Antara yang awal tokoh pengasas ialah Tuan Haji Ahmad Badawi, Tuan Haji Ahmad Fuad dan lain-lain. Selepas itu disambung dengan kepimpinan Dr Burhanuddin, Prof Zulkifli Mohammad dan lain-lainnya.


Pendokong-pendokong PAS dulu sanggup menjual tanah, menjual emas, menjual itu dan ini kerana perjuangan. Mereka susah dahulu kerana ibarat “membuka penempatan baru” untuk pemimpin masa depan. Apa ada pada harta, apa ada pada pangkat. Kalau nak senang baik masuk umno. Dari ketua cawangan sampai ke atas boleh sapu projek. Sebab itu apabila ada orang lebih berpelajaran dari ketua dalam satu cawangan umno, ketua akan rasa tergugat dan dia akan sedaya upaya mengenepikan orang yang berpelajaran. Sebab itu orang berpelajaran tinggi sedikit dalam kepimpinan umno.


Berbalik pada cerita PAS, susah senang merak tempuh bersama ibarat “makan hati gajah dilapah sama, makan hati nyamuk dicubit sama”. Ukhwah terlalu erat dahulu hingga susah hendak memecahkan Jemaah PAS kecuali mereka yang lemah Iman dan fikiran. Penjara ibarat rumah kedua dan ada pemimpin PAS yang dibunuh. Tak perlu kita ceritakan lagi.


PAS ditubuhkan pada asas Islam, tentulah ia berbeza dengan Parti lain kerana yang penting Islam, Aslim Taslam. Tentulah perangai, iman, jiwa, fikrah dan cara hidup berbeza dengan pati lain terutama umno. Oleh itu parti yang berlandaskan Islam mesti ada bezanya. Itulah tujuan PAS, namun perkembangan muktakhir ini amat mengecewakan. Jika benar ada budaya cantas menyantas kerana jawatan dan kuasa amat memalukan. Jika benar ini berlaku maka kita yang perlu cantas orang seperti ini dengan cara PEMUTIHAN AHLI. Jika kita tidak buat maka kita akan benarkan “daging busuk bangkai” masuk dalam jemaah. Media arus perdana memang memainkan peranan untuk memburukkan PAS. Tapi mereka lupa umno dari cawangan sampai pusat, budaya cantas menyantas atau cah keting ini adalah darah daging mereka.


Oleh itu pimpinan cawangan, kawasan, negeri dan pusat perlu melakukan PEMUTIHAN AHLI. Jika tidak kita biarkan “daging busuk bangkai” ini terus menghuni dalam jemaah maka semua akan mula membusuk. Jangan biarkan perangai umno menyusup masuk dalam PAS. PAS parti yang berbeza dari yang lain.


Wehdah.....Wehdah.....Islamiyah.....!!! ingatlah baiah kita, bersatu kita demi Islam, hidup dan mati demi Islam. Jangan kuasa butakan hidup kita.


Sekian............

No comments: