Wednesday, 30 December 2009

Saranan Tuk Guru : Islam hak milik semua bangsa

Oleh : aidilbalsus

Firman Allah di dalam Al-Quran “ …..Sesungguhnya Allah menciptakan kamu dikalangan manusia bersuku-suku, berpuak-puak, berbangsa-bangsa dikalangan laki-laki dan perempuan agar kamu saling mengenali......”

Berita hari ini cukup menarik untuk dibaca dan kita renung bersama apa yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Saya menyokong penuh hatta Perdana Menteri jika bukan bangsa Melayu pun saya tidak kisah sebab bumi ini milik Allah bukan milik Melayu. Sebab Melayu hanya bangsa yang diciptakan oleh Allah sama seperti Cina dan India. Jika PM Cina atau India apa salahnya asalkan dia Islam yang baik. Buat apa Melayu kalau Islam atas nama atau warisan tapi jahat macam iblis.



Yang mulia bukan bangsa tapi yang bertakwa dan beramal soleh yang dipandang oleh Allah S.W.T. Saya sangat pelik sesetengah orang ULTRA umno terlalu sinis dengan bangsa lain sambil dengan hujah “dungu” diberikan “......habihlah melayu kalau bangsa lain naik....” sambil diselitkan peristiwa 13 mei. Namun saya sebagai anak muda millennium takkan nak termakan hasutan ala 50an tu. Sebab inilah orang Cina atau India bukan Islam takut nak bersama Islam sebab sikap kita orang Melayu Islam yang prejudis dengan mereka. Sebab orang Melayu tak tunjuk apa yang diajar dalam Al-Quran dan Hadis. Kita banyak ikut Nafsu dan dendam. 50 tahun lebih merdeka kalau umno kata perjuangkan Islam saya yakin 80%-90% rakyat Malaysia dah beragama Islam. Tapi……..malas nak sebut dah.

Saya nasihatkan jangan kita ikut melayu kalau nak selamat dunia akhirat, tapi kita kena ikut Islam kalau nak selamat. Kadang-kadang saya malu mengaku melayu sebab antaranya “JUARA PUSAT SERENTI………MELAYU”. Hasil didikan umno selama ini. Oleh itu cukup-cukuplah. Umno tak perlu pujuk PAS nak bersatu sebab Melayu dan Islam sebab takda apa yang manfaat umno buat selama ni untuk memartabatkan Islam. Setakat alasan buat Masjid kat England ada masjid, USA ada masjid. Sudah-sudahlah tu.

P/S : YB Khalid Idham Lim calon PM masa hadapan…..Wak Albanjary mesti sokong.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mustafa Ali sokong saranan Nik Aziz

Salma Husin / HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Setiuasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyokong saranan agar semua orang boleh menjadi ketua kerajaan tanpa mengira bangsa dengan syarat dia seorang Islam yang baik.

Namun, Mustafa mencadangkan agar syarat baru itu tidak hanya untuk Menteri Besar Kelantan sahaja bahkan juga pemimpin utama negara. "Saya tidak setuju ia terbatas kepada Kelantan sahaja tetapi seluruh negara dan perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan semua orang, tanpa mengira dia Cina atau India, dengan syarat Islam boleh menjadi perdana menteri dengan syarat dia memenuhi kualiti kepimpinan yang baik," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau sedia meminda perlembagaan Kelantan untuk membolehkan orang bukan Melayu boleh menjadi menteri mesar negeri itu. Namun, segelintir pemimpin Umno menolak cadangan itu dengan andaian ia membelakangi kepentingan Melayu. Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai hilang kredibiliti dan tidak perlu lagi diulas sebarang kenyataannya.

Ketika mengulas pandangan balas itu, Nik Aziz menyifatkan mereka yang mempertikaikan cadangannya melantik orang Cina Muslim sebagai ketua kerajaan di Kelantan sebagai taksub kepada bangsa sendiri. Katanya, bangsa Cina yang beriman kepada Allah tidak menjadi kesalahan dilantik sebagai pemimpin, memandangkan pemikiran mereka sudah lama maju ke hadapan. “Pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana taksub kepada bangsa sendiri,” katanya di sini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno begitu taksub terhadap bangsa sehingga menganggap bangsa lain tidak layak menjadi pemimpin. “Walaupun bangsa lain itu warak, takwa, pelajaran tinggi, namun kerana terikat dengan bangsa mereka tidak bersetuju,” ujarnya. Menurutnya juga kenyataan pemimpin yang enggan menerima kemampuan bangsa lain menyebabkan Umno tidak tempat dalam politik negara pada masa akan datang.

Malah katanya akan lebih memburukkan imej Umno di kalangan masyarakat Cina. “Kalau bangsa Arab sekali pun jahat nak jadi Menteri Besar saya tidak terima, tetapi kalau orang Cina berperangai baik, saya akan menyokongnya. Menurutnya, dengan cara ini akan memperluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat pelbagai bangsa.

Ketika ditanya adakah undang-undang membenarkan pelantikan itu kata beliau perkara tersebut boleh dipinda.

No comments: