Oleh : aidilbalsus
Salam wajah-wajah,
Teringat ketika dahulu waktu aku di tingkatan 1. lebih kurang tahun 1993 waktu tu kecoh Dr. M nak bekukan kuasa Sultan apabila berlaku kes melibatkan Kerabat Johor. Betapa bengang aku dengan Dr. M, “ takkan pasal kes diorang nak libatkan semua Sultan” getusku. Aku yang dari karat biru mula goyang pada BN dan mula menyokong pembakang. Aku mula menyokong S46 masa tu bersama PAS berjuang mempertahankan Kesultanan Melayu. Semangat Kemelayuan aku terlalu kuat masa itu. Jika terjentik Sultan aku maknanya dia jentik aku. Aku pun tak paham dari sekarang napa aku lain dari lain, pemahaman politik aku tak macam kawan-kawan sekampung ku.
Aku mengenali PAS dan S46 dari seorang kawan berpangkat Abang jugalah sebab umurnya 10 tahun lebih dari aku. Engku Bahri anak sedara pada tokoh PAS Pahang Tengku Puji dan dari situ aku mengenali Allahyarham Ust Fadhil, TGNA, TGHH dan lain-lain. Aku mula mendengar risalah PAS, Akhbar WATAN, Kaset dan lain-lain. Banyak yang aku pelajari tentang PAS dan hari makin hari cinta aku terhadap PAS dan perjuangan ISLAM makin menebal.
Tengku Puji sewaktu ceramah di Kampung Ria, Semantan, Raub pada 2007
Ceramah di Kampung Ria, Semantan, Raub pada 2007
Aku dilahirkan dan dibesarkan di Raub, Pahang. Taulah Pahang darul “UMNO”. Sebab akulah yang paling pelik di kampong aku. Keluarga aku semua UMNO dan umur aku baru 13 tahun patutnya hanya pikir pasal main dan masa yang sama aku pikir pasal POLITIK. Mehnah dan tribulasi dalam perjuangan biasalah. Aku dimarah, aku dipulau oleh kawan-kawan sebab sokong PAS. “PAS tu jahat, nanti kita hidup susah” itu je yang diorang tau. Aku kadang-kadang goyang sebab umurku yang terlalu muda, hidup dalam kelompok UMNO ni memang payah. Tapi aku masih memikirkan sampai kini kenapa aku tak goyang, kenapa sampai kini aku tetap dengan PAS. Susah senang aku bersama PAS. Kalau aku nak senang baik masuk UMNO.
Aku merasa juga susah bersama dengan PAS. Namun kemuncak PAS ialah 1999 apabila gelombang reformasi dan dengan gelombang reformasi itulah ramai yang menyertai PAS. Sekarang aku tengok generasi PAS sekarang senang sikit daripada dulu. Yelah dulu yang banyak sertai PAS Tuk-tuk Guru, Lebai-lebai, cikgu-cikgi dan lain-lain. Sekarang ni tokoh-tokoh koporat dan orang-orang kaya banyak sertai PAS, golongan intelektual dan lain-lain. Kiranya PAS dah berubah. Namun perjuangan tetap sama. Dulu tak ramai golongan muda yang sertai PAS namun sekarang golongan muda dah berubah. Mereka yakin dengan PAS.
Pimpinan PAS bersilih ganti, aku tetap dengan PAS. Pelbagai cabaran yang timbul namun parti ini tetap utuh. Aku yakin kerna pesan Tuk Guru, Parti yang berjuang dijalan Allah akan dijaga oleh Allah. Aku titipkan terima kasih pada guruku yang disayangi Allahyarham Ustaz Amirrudin dan disuraunya aku mencari ilmu perjuangan di Surau Sungai Jahit, Kampung Dong. Aku Cuma harapkan anaknya Ustaz Yasir meneruskan perjuangan namun apakan daya, kesihatan beliau tidak mengizinkan. Namun aku berharap, terus berharap dan berdoa agar dia sihat kembali dan dapat berjuang seperti dulu dan seperti ayahnya.
Ustaz Yasir semasa sihatnya............
No comments:
Post a Comment