Ahad – 3 Muharram 1431H bersamaan 20 Dis 2009 – Taman Melewar – PAS pusat dengan lajnahnya, Lajnah ICT dan Penerangan PAS Pusat mengadakan Konvensyen Bloggers PAS dan sekaligus melancarkan Kelab Blogger PAS bagi menyatukan semua blogger PAS juga blogger PR untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Program Dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden Dato’ Seri Abdul Hadi yang disertai 300 orang itu berlansung dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang.
Ustaz Idris, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam ucapan aluannya PAS memang mengambil berat dan prihatin dengan bloggers-bloggers. Namun, dia juga meluahkan kebimbangan trend rakyat sekarang lebih suka membaca masalah dalam PR terutama PAS dan pelbagai tomahan yang dilemparkan dari masalah negara. Dia juga mengingatkan para bloggers jangan sekadar “copy and paste” tapi perbanyakkan artikel tempatan yakni ditulis sendiri.
Tuan Guru Presiden dalam ucapannyan, blog adalah satu bidang baru dalam penulisan juga sebahagian dari kewartawanan namun ia memerlukan Kebijaksanaan. Sabda Rasulullah “ kebijaksanaan umpama barang yang tercicir, nescaya ia akan diambil semula apabila tercicir”. Tuan Guru mengingatkan kalau menyampaikan maklumat yang salah yakni fitnah maka mereka akan menanggung dosa dan selari dengan Sabda Rasulullah “ Sesiapa menunjukkan jalan yang baik ia kan dapat pahala dan akan mendapat pahala apabila orang lain mengikutnya walaupun dia telah meninggal dunia. Sesiapa menunjukkan jalan yang buruk ia kan dapat dosa dan akan memikul dosa apabila orang lain mengikutnya walaupun dia telah meninggal dunia”. Tuan guru juga mengatakan Islam bukan agama keganasan kerana Rasullulah berperang tak sampai 2000 yang terkorban. Tapi apabila peperangan melibatkan jutaan korban dari negara Barat tiada siapa yang ambil tahu dan menuduh Islam ganas.
Pada pagi itu juga selain Ustaz Ghani Shamsudin, Ketua Lajnah IT yang membentangkan kertas kerja, Profersor Hassan Hasbullah dari Zethrum Future Studies amat mencuri tumpuan. Gaya seorang tokoh akademik peserta seolah “dipukau” dengan pembentangannya. Permulaan dia memulakan dengan merujuk surah Al-Baqarah ayat 269 dan surah Al-Haqqah ayat 38-52. Kurun 21 adalah kurun informasi dan dia mengelarkan blogger sebagai Genjuis ( Geng Jurnal ). Beliau menerangkan institusi politik mesti tahu bagaimana dunia bekerja. Malaysia adalah pengguna internet luarbiasa iaitu 63% berbanding Negara lain seperti USA hanya 52%. Di masa depan pengguna ingin melihat online clip video kerana trend pengguna yang kurang membaca terutama yang berjela-jela. Beliau juga berkata PAS perlu bersedia dengan Gelombang Ketiga (Wave 3) juga memaksudkan perpindahan dari blog ke video blog. Masa akan datang penggunaan internet di Malaysia sehingga 92% amat mengejutkan peserta kerana kajian dari negara lain amat kecil. Persepsi terhadap PAS seimbang tetapi persepsi terhadap kepimpinan perlu dititik beratkan. Beri perhatian pada Facebook, myspace dan twitter pengguna dikalangan 18-30 tahun. “ Yang akhir sekali kita mesti bersekutu membuat perubahan” katanya merujuk dengan mengajak semua blogger PR berbincang kerana katanya kajian menunjukkan blogger yang menyokong PAS pada 2008 ada yang sudah tidak menyokong lagi. Oleh itu Perubahan perlu dibuat seterusnya.
Nota : Gambar-gambar akan menyusul kemudian.
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan
-
*Soalan:*
Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan
sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan.
*Jawapan: *
Hukum bagi wani...
9 months ago
1 comment:
masya-ALlah...wasim enta..barakallaufik
Post a Comment