Tuesday 11 January 2011

YB Beserah, santai bersama rakyat

Untuk Berita Harakah Pahang, Oleh : Mohd Aidil Firdauz


Nampak seperti selamba, tiada rupa seorang YB namun itulah YB Beserah. Sentiasa santai apabila bertemu rakyat. Begitulah apabila beliau di Kedai Kopi. Pada ahad baru-baru ni Bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Beserah, PAS Kawasan Indera Mahkota dan juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang turun meninjau masalah rakyat yang berada di perkampungan nelayan Beserah.




Dengan berbekalkan sedikit buah tangan yang tidak seberapa seperti beras, gula dan lain-lain dengan rakyat susah payah hadapi kenaikan harga barang, maka buah tangan PAS dapatlah meringankan beban keluarga nelayan. Memandangkan juga semenjak ini tidak dapat turun ke laut kerana ombak yang besar. Ombak besar yang setinggi yang beberapa meter tidak memungkinkan nelayan terutama nelayan Beserah turun ke untuk menangkap ikan dan melakukan aktiviti penelayanan.



Dalam program itu turut hadir ajk PKR Cabang Indera Mahkota yang turut hadir sebagai sokongan dan solidariti dengan program yang diadakan. Mereka juga kagum dengan usaha yang dilakukan dalam membantu rakyat. Seramai sembilan orang penerima bantuan untuk fasa ini yang diberikan dan seterusnya akan dibuat di fasa yang lain. Penduduk yang menerima bantuan mengucapkan terima kasih walaupun PAS yang dikekang dengan sumber kewangan dan YB Beserah yang dinafikan haknya tetap bersama rakyat dalam apa keadaan.
Selepas program habis beliau mengajak semua AJK untuk minum petang dan sambil menjamah keropok lekor. Beliau berkata nelayan adalah salah satu pekerjaan yang memerlukan kesabaran terutama apabila musim tengkujuh melanda. Sebelum itu Sekitar dun Beserah dilanda banjir kilat apabila hujan turun mencurah-curah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan PAS terutama Jabatan AMAL Malaysia Kawasan Indera Mahkota yang banyak membantu apabila banjir melanda.
Sekian.
Add saya di FB - Firdauz Nasir

Sunday 9 January 2011

Jabatan AMAL Indera Mahkota Terus Berbakti (Gambar Berbicara)

Salam Wajah-wajah,

Foto disini, banjir 6 Jan 2011.



Cuci......



Peluk Baldi..........hehehehe



Siap siaga......!!!!!



YDP I.M Saudara Nasrun Amir.

Komander AMAL Sheikh Azlan Bin Sheikh Abdul Aziz ditemubual Stesyen TV Tempatan

Nota : Add di FB : Firdauz Nasir

Jabatan AMAL Indera Mahkota Terus Berbakti.

Salam Wajah-wajah,

Berita Dun Beserah.

Jabatan AMAL Indera Mahkota Terus Berbakti.

Jabatan AMAL yakni Unit AMAL Indera Mahkota dengan kerjasama PAS Kawasan Indera Mahkota terus berbakti mengharung Banjir yang melanda sekitar Dun Beserah. 30 Disember 2010 dan 6 Januari 2010 adalah tarikh berlakunya banjir terutama di Seberang Balok, Pelindung Perdana, Sungai Karang dan Beserah Utara. Komander AMAL Sheikh Azlan Sheikh Abdul Aziz Berkata:

- Adalah satu kerja AMAL kita dalam untuk berbakti kepada masyarakat dan sebagai NGO di Bawah Dewan Pemuda PAS akan terus berbakti dan menaikkan nama Parti.

- Kita Telah Bersedia dari mental dan fizikal untuk menghadapi apa yang berlaku, walaupun kekangan kewangan bukanlah alasan untuk kita berbakti pada masyarakat.

- Apa yang berlaku dalah Ujian dari ALLAH S.w.t dan kita harus menghadapinya dengan penuh tabah dan Ikhlas, beramal kerana ALLAH.

- Selain itu punca banjir ini juga adalah sistem perparitan dan akibat bangunan dan juga perumahan yang tumbuh bagai cendawan. Sudah dua kali banjir yang teruk dan harap pihak berwajib ambil tindakan. Jikalau tiada maka kita akan hadapi lagi masa akan datang. Namun bersyukur ia reda sekejap.

- Kepada yang berminat boleh menyumbang ke akaun AMAL Indera Mahkota dan juga menyumbang untuk aktiviti-aktiviti kerja Jabatan AMAL Indera Mahkota.

Sekian.

Boleh berhubung di FB taip Firdauz Nasir.

Dah Tahun 2011 dah....!!!!

Salam Wajah-wajah,

- Sahabat ramai membebel "Jadi Lalanglah blog enta....."



- Semangat tahun baru, Nak update blog, hehehhee....



- Insyaallah........

Seeeee Uuuuuuuu......

Wednesday 1 September 2010

Selamat Hari raya....2010.....

Salam Wajah-wajah,


Berkurun Tak update....moga akan aktif balik Blog aku ni......hehehehe......
Selamat Hari Raya pada semua umat Islam terutama Pejuang-pejuang Islam di Malaysia....
Wassalam........


Tuesday 27 April 2010

PO94 - Hampeh.....banyak sangat mangkuk hayun....


Sumber Foto : politikbanjar.blogspot.com,
pemudabersamamu.blogspot.com (Pemuda Dun Sura)

Salam wajah-wajah,

Lama tak menulis, tapi bukan nak cerita kekalahan PKR kat hulu selangor, tapi sempat jugak aku jumpa spesis mangkuk hayun di sana.

Pagi hari pengundian kitaorang kat Felda Soharto jaga kejap. Setengah jam kat sana Syeikh Azlan(Cheif AMAL I.M) ajak ke Felda Sungai Tengi, tempat panas tuuuu...

Sampai je terus berlaku kekecohan......Panas sungguh. Aku pun join sekali. Ejek mengejek biasalah. Lepas tu datang Dr Hatta, Pakar demo, bagi ayat kat terus senyap umno. Memang pemuda umno kalau lawan berhujah kalah tapi mencarut no 1.

Mana tak kalau aku cakap suka mencarut.

Situasi satu : Veteran AMAL tegur mamat bn ni tau apa mamat bn ni cakap "Pakcik cakap apa, napa, me*******cap tak lepas ke malam tadi", aku rasa nak tumbuk je mamat ni. Tapi memikirkan aku pakai baju AMAL kena tahan la. Kalau baju biasa kena dah. Takut ke ta no 2.

Situasi dua : Muslimat kita bertiga berdiri pegang poster dato zaid, tiba2 datang mamat bn dari belakang sambil cakap "makcik berdiri jela, jangan kentut dah lah.....hahahahaha". lepas tu berlaku kekecohan.

Apa yang aku nak cakap sini memang pemimpin atas bn cakap elok2 kat tv, tapi pemuda dia memang KURANG AJAR......!!!!! Itulah pemuda warisan bn yang akan memimpin negara.

Oleh itu kita seru, walaupun kalah jangan patah semangat. Adakah kita nak biarkan mereka jaga negara kita....TIDAK...!!!! Aturkan strategi dan kita kan buat baru di PRU 13. Sabar paling penting. Insyaallah kemenangan milik kita satu hari nanti.

.........................................................................................................................................
Lagak Pemuda umno/bn "harapan bangsa". Sekitar UPU Felda Sungai Tengi.


Friday 16 April 2010

Hulu Selangor : Zaid VS Kamalanathan VS ......... VS ...... VS ...............!!!!!

Salam wajah,

Sesi chating di facebook :

Saya "Wak dah tengok posting ana?"
Wak albanjari cakap "Sekarang wak tengok."

Beberapa minit :

Saya "Macam mana wak?"
Wak "Posting yang bagus, syabas."
Saya(Kembang hidung tu tak taula, agak2 sampai mongolia agaknya) "Bukan apa Wak, Wak kan sifu ana. hehehe."

Lepas tu :

Saya " Ana bertolak jumaat malam wak."
Wak albanjari "Ok, nanti calling-calling, kita pegi mengeteh sekali."
Saya " Ok wak, Salam."


Teruja nak pegi malam ni ke Hulu selangor. Masa penamaan best tengok gelagat orang terutama orang umno/bn. PKR vs BN, sapa menang? Tapi perkara yang akan tak disangka calon bebas. Dengar cite sampai berbelas-belas. Ahhh....biasala, tektik kuno dan kotor. Semua orang tahu.....!!!!

Ada pemimpin umno/bn kata akan guna strategi sama macam Bagan Pinang. Strategi sama? Strategi apa? Cara samseng ke? Ahhh....biasala, tektik kuno dan kotor. Semua orang tahu.....!!!!

Apa pun, tunggu posting dan gambar terbaruku........

Salam........................