Friday 29 January 2010

Gila Babi : Sapa buat dajal niiii....?

Salam Wajah-wajah,

Dua tiga hari ni kecoh orang baling kepala babi dalam masjid. Aku pulak, "dah agak dah". Geng-geng desprado mula "curah petrol" pada api konflik dengan berharap konflik agama akan bermula kerana suvival politik mereka. Konflik perkauman tak jadi, buat pulak konflik agama.

"Old school" itu je aku nak cakap. Sapa-sapa yang terpengaruh memang dia ni masih ingat dia duduk tahun 60an atau dia ni peminat taksub pop yeh yeh atau majoriti saluran satu. Bukan saluran satu yang undi PAS/PR yek. Tapi tulah aku terpikir, kalau orang PAS buat confirm ISA, tapi kalau orang dia buat "aaaaaaa....errrrr.......uuuuuu.....belum jumpa bukti"
Syabas kepimpinan PAS bijak tak melatah. Kalau melatah tak tau leeee.... Syabas sebab tangani isu dengan matang.
Well done........................



------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Harakahdaily

Dua kepala babi di masjid Datuk Harun


PETALING JAYA, 27 Jan: Dua kepala babi dikesan dilontar di masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun di Petaling Jaya pagi ini. Menurut satu sumber, kejadian disedari jam 7 pagi apabila siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan di perkarangan pintu masuk bahagian belakang masjid. Pada mulanya beliau menyangka bungkusan tersebut mengandungi bayi yang ditinggalakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun setelah pihak polis yang dihubungi datang menyiasat, terdapat dua kepala babi dalam bungkusan tersebut.




Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari dan beberapa anggota unit amal. "Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Saya harap umat Islam khususnya bertenang dan jangan emosi dalam perkara ini."Kita serah kepada pihak polis buat sisatan," jelasnya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada usaha terancang oleh pihak tertentu membuat provokasi untuk mencetuskan kemarahan agama dan kaum.



Difahamkan turut mengalami nasib sama adalah masjid Taman Sentosa. Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beberapa agensi berkaitan dilaporkan sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.
Orang ramai juga dilaporkan mula memenuhi kawasan tersebut.

Gila Facebook...........

Salam Wajah-wajah,
Sehari dua ni aku tak memblog sangat pasal tengah gila facebook. Yelah baru belajar facebook. Tengah menggila sikit. hehehehe.

Aku guna banyak untuk berhubung dengan adik-beradik dan teman-teman seangkatan. Banyak kelebihan facebook ni. Prof Abu Hassan pernah kata dalam Konvensyen Blogger PAS, Facebook dan Blog adalah satu kelebihan iaitu media baru yang wajib kuasai kalau tak kita ketinggalan.


Oklah aku nak berfacebook.......chaaloooo................

Tuesday 26 January 2010

Spekulasi : YB Azan Ismail, Indera Mahkota



Oleh : aidilbalsus

Salam Wajah-wajah,

Aku baru telefon Yb Azan dan beliau berada di HQ PKR di KL dan berborak dengan dia beberapa minit. Spekulasi mengatakan Yb Azan Masuk umno ke, keluar PKR ke, jadi bebas ke adalah tak betul dan dia masih YB PKR/PR dan tetap teguh bersama PAS dan DAP. Jadi janganlah ajen umno buat spekulasi macam-macam. Aku kenal Yb Azan tu. Aku berkempen dan bekerja memenangi dia. Beliau bukan macam katak tiga ekor kat Perak tu.

Yb azan cuma tak berpuas hati dengan pengurusan PKR Pahang. Itu yang di cerita kat aku. Jadi aku dah jelaskan dan jangan buat andaian macam-macam lagi.
Moga Yb sentiasa teguh dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T......Amin.


chaaloooo...........

Tazkirah : Bersama Dr Haron Din : Perihal Nabi Ayub sakit teruk

Sumber : Internet






SOALAN: Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub a.s. yang mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan.



FAUZI ABDUL RAHMAN, Gombak, Kuala Lumpur


JAWAPAN: Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)



Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.



Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.



Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.



Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.
Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.



Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.
Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.
Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.



Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.
Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:



"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.
"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)



Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpamcar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.



Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.
Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.



Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya.



Wallahu a'lam. - lanh

Monday 25 January 2010

Aduka Taruna 2 : Hukum Karma ?

Salam wajah-wajah,


Aku call wak tadi. Aku kata " wak copy paste" Wak kata " ambiklaahhh ".
Sapa aduka taruna ni. Macam wayang P.Ramlee. Tapi aku suka Ibu Mertuaku, Ibu mertua yang meroyan. Ahaks....


--------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh:albanjari


'Nasi telah menjadi bubur'. Itulah peribahasanya. Namun jangan kita terlalu sombong untuk menidakkan 'bubur' kerana bubur juga sedap dimakan. Bubur lambuk menjadi pujaan setiap Ramadhan. Saya kira biarpun penulis blog Aduka Taruna ini yang kini tiba-tiba sahaja menjadi 'infamous' seantero Malaya, kerana telah dikaitkan dengan isu ini, apalah kiranya kita dan sekelian kita yang ada disini membuka sedikit ruang untuknya mencuri nafas kurniaan Allah untuknya bangun 'membela diri'.
Saya juga menyeru kepada sahabat sekelian tidak kira apa jua fahaman politiknya, cukup-cukuplah mencerca, memaki, menghamun serta mengeji maki, kerana beban yang beliau terima kini kerana menulis sesuatu yang mengelirukan itu mungkin telah benar-benar memberikan 'tekanan jiwa' yang sangat parah buat diri dan keluarganya. Jika dilihat secara halus, mungkin ini salah satu 'kifarah' yang Allah ingin perlihatkan kepadanya. Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa atas sesuatu..Lihat saja pemberitaan media cetak dan eletronik dibantu pula oleh bloggers pro-kerajaan yang terus-terusan men'jentik' dan memanaskan 'api', buat beliau semakin rebah. Itu hukum karma'nya. Jauh disudut hati, dapat saya rasakan bahwa 'tekanan jiwa dan perasaan' beliau kini bukan kepalang. Bukan sahaja pada dirinya, isteri serta keluarganya, malah musibah ini turut meracuni hari 'gembira' nya. Subhanallah.Ini perkembangan terkini yang telah beliau tuliskan diblog beliau petang tadi.


Jika ditanya kepada saya, yang salah tetap salah dan perlu diadili. Tetapi tidak juga menjadi satu yang salah jika kita dapat memberi 'reda' kepada beliau dengan memberi kemaafan. Siapa yang tidak kenal Aduka, berapa 'tan' kutukan dan sindiran juga maki yang saya tidak terima kerana tidak bersetuju dengan hujahnya melalui blog? Tidak sedikit. Biarpun tulisan beliau turut menghiris hati. Sama jua rasa terhirisnya rakyat Johor bila dikelirukan oleh beliau melalui tulisannya tempohari. Atas semangat saudara dan agama, dan sangka baik saya, saya reda memaafkan. Sungguh benar, memaafkan seseorang yang kita 'geram' bukan sedikit cabarannya. Alhamdulillah. Dan itu yang sebaik-baiknya, maaf memaafkan. Kerana itu hubungan sesama blogger tetap terjalin baik. Hujah balas hujah. Itu asasnya.
Maafkanlah beliau.Soal tulisan beliau 'menghina' Almarhum Sultan, serahkan saja kepada pihak Polis. Lagipun puluhan repot telah dibuat. Satu pasukan Khas juga telah dibentuk. Biarkan beliau berurusan dengan polis untuk polis melakukan siasatan. Jika benar beliau salah, terima hukuman dengan dada yang lapang kerana setiap musibah yang diberi Allah itu ada tanda yang tersirat kepada mereka yang berfikir.Juga jangan disalahkan kecaman yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Johor, kerana atas nama dan imej parti, itu satu yang sangat wajar dilontarkan kepada kamu. Mengapa? Saya tahu kamu ada jawabnya mengapa kamu dikecam.Beri beliau ruang untuk membela dirinya sendiri. Kerana beliau juga ada 'hak' di sisi undang-undang untuk membela dirinya. Untuk Aduka, menjadi blogger bukan satu tiket kebal untuk menulis apa saja.
Blogger juga terikat dengan etika dan batasnya. Berubahlah..! (Bloggers) tetap 'mentimun'. Jangan ingat semua mentimum mampu dimakan, yang pahit tetap dicampak orang ke longkang. Ingat tu !! END - Ini entri terakhir yang wak ulas berkaitan isu ini, full stop.
____rujukan *Kenyataan Media 2 :
Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak.
Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;
“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”
Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;
“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”
dan; “Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “
Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;
“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”
dan; “Muawiyah + Aishah plak.Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”
DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat. Jakim perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina Ulama’, keluarga Rasulullah dan Sultan.
DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik.DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini. Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu.
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Friday 22 January 2010

Cah keting, satu pandangan

Oleh : aidilbalsus

Salam Wajah-wajah

PAS yang ditubuhkan pada tahun 1950an atas kesedaran para Alim Ulama’ perlunya Islam didaulatkan di negara ini. Mereka merasakan Al-Quran dan Hadis mesti menjadi Perlembagaan yang majoriti Negara ini umat Islam. Pelbagai rintangan dan cubaan yang dihadapi oleh semua pendokong PAS satu masa dulu. Antara yang awal tokoh pengasas ialah Tuan Haji Ahmad Badawi, Tuan Haji Ahmad Fuad dan lain-lain. Selepas itu disambung dengan kepimpinan Dr Burhanuddin, Prof Zulkifli Mohammad dan lain-lainnya.


Pendokong-pendokong PAS dulu sanggup menjual tanah, menjual emas, menjual itu dan ini kerana perjuangan. Mereka susah dahulu kerana ibarat “membuka penempatan baru” untuk pemimpin masa depan. Apa ada pada harta, apa ada pada pangkat. Kalau nak senang baik masuk umno. Dari ketua cawangan sampai ke atas boleh sapu projek. Sebab itu apabila ada orang lebih berpelajaran dari ketua dalam satu cawangan umno, ketua akan rasa tergugat dan dia akan sedaya upaya mengenepikan orang yang berpelajaran. Sebab itu orang berpelajaran tinggi sedikit dalam kepimpinan umno.


Berbalik pada cerita PAS, susah senang merak tempuh bersama ibarat “makan hati gajah dilapah sama, makan hati nyamuk dicubit sama”. Ukhwah terlalu erat dahulu hingga susah hendak memecahkan Jemaah PAS kecuali mereka yang lemah Iman dan fikiran. Penjara ibarat rumah kedua dan ada pemimpin PAS yang dibunuh. Tak perlu kita ceritakan lagi.


PAS ditubuhkan pada asas Islam, tentulah ia berbeza dengan Parti lain kerana yang penting Islam, Aslim Taslam. Tentulah perangai, iman, jiwa, fikrah dan cara hidup berbeza dengan pati lain terutama umno. Oleh itu parti yang berlandaskan Islam mesti ada bezanya. Itulah tujuan PAS, namun perkembangan muktakhir ini amat mengecewakan. Jika benar ada budaya cantas menyantas kerana jawatan dan kuasa amat memalukan. Jika benar ini berlaku maka kita yang perlu cantas orang seperti ini dengan cara PEMUTIHAN AHLI. Jika kita tidak buat maka kita akan benarkan “daging busuk bangkai” masuk dalam jemaah. Media arus perdana memang memainkan peranan untuk memburukkan PAS. Tapi mereka lupa umno dari cawangan sampai pusat, budaya cantas menyantas atau cah keting ini adalah darah daging mereka.


Oleh itu pimpinan cawangan, kawasan, negeri dan pusat perlu melakukan PEMUTIHAN AHLI. Jika tidak kita biarkan “daging busuk bangkai” ini terus menghuni dalam jemaah maka semua akan mula membusuk. Jangan biarkan perangai umno menyusup masuk dalam PAS. PAS parti yang berbeza dari yang lain.


Wehdah.....Wehdah.....Islamiyah.....!!! ingatlah baiah kita, bersatu kita demi Islam, hidup dan mati demi Islam. Jangan kuasa butakan hidup kita.


Sekian............

Hapuskan Politik Cantas

Sumber : episodeperjuangan.blogspot.com (KP DPP Pusat)

1. Sehari dua ini , sekali lagi PAS dilanda gelora dan kini isu berkait dengan politik cantas atau "cas keting" . Dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau sejamaah.


2. Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan.



3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ].


4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ].


5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas.



6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw.


7. Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya.


8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain.

9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti.

10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh.

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .
j] Memuktamadkan keputusan melalui sistem syura

YB Beserah : Semmpooiii...........

Oleh: aidilbalsus

Salam Wajah-wajah,


Saja aku tangkap gambar YB kita ni tengah melayan rakyat kat bawah pokok dekat Masjid Balok Jumaat minggu lepas. Bawah pokok tuuu, ni tak leh citer kat bn sebab bawah pokok ni diorang sensitif sikit..kui..kui..kui....

Agak-agak YB bn bolehke jumpa macam ni.....ahaks.....

Thursday 21 January 2010

Memori : Kursus kejurulatihan AMAL, Sungai Udang - II

Oleh : aidilbalsus

Sumber Foto : unitamalkedah.blogspot.com

Salam wajah-wajah,

Akhirnya jumpa jugak aku gambar masa kawad. Ni ha kat bawah. Terima Kasih AMAL Kedah kerana post gambar di blog anda. Majlis perasmian oleh PJ PAS Melaka, Ustaz Ghani. Huuuu bersemangat tul dia, yela "anak-anak" ramai datang dari seluruh Malaysia. Kitaorang lagi bersemangatlah, tapi biasa lah kawad, berjemur la weehhh.....

Ni tengoklah kat bawah :















Ni la PJ Melaka.......Ustaz Ghani

Sesi gambar ramai-ramai.....

Wednesday 20 January 2010

Carilah yang Halal Sahaja : Fakta Babi

Sumber : Email






Memori : Kursus kejurulatihan AMAL, Sungai Udang, Melaka

Oleh: aidilbalsus

Salam wajah-wajah,

Jumat minggu lepas aku ke Melaka dekat Madrasah Annuriah Addiniah, Sungai Udang, berkursus untuk jadi jururlatih Amal. Alhamdulillah kursus tamat dengan jayanya dan sekarang aku digelar jurulatih dalam bidang Kawad (tahap satu je....). Ada dua bidang hari tu Kawad dan Kemahiran. Aku pilih kawad sesuai dengan minat aku.

Ramai sahabat-sahabat dari seluruh negeri datang. Makan setalam, tido berlonggok dan macam-macam lagi. Rindu pulak rasanya. Terima kasih ucapkan Kepada Tuan Mohd Yatim kerana melatih kami dengan gigih dalam masa sehari. Terima kasih jugak pada sahabat AMAL Melaka Loqman sebab bawak jalan-jalan ke Mydin....hehehehe

Sebelum aku balik ke Kuantan ari tu satu benda ajaib kitaorang tengok, nanti korang drag ke bawah ye.....Salammm.......








Ni benda ajaibnye. Kucing ni tido macam orang sarkis. Berpusing-pusing, ngigau kot. Penat.....


Tuesday 19 January 2010

PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN

Sumber : cilipadi007.blogspot.com


Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”
Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti. Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan. Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.


Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas. Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang” Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.


Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka. ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah. Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP).


Tiada individu yang berani menghalang operasi judi secara berlesen kerana kekangan undang-undang.Hanya istilah TEGUR serta tarbiah saja kemampuan tokoh agama terbilang. Kesemua Ulamak Pondok sepakat bahawa hanya dengan kuasa politik saja Islam dapat ditegakkan di Malaysia.Bayangkan dengan Pondok Pasir Tumbuh,Pondok sungai Durian,Pondok Lubok Tapah dll hanya mampu membenci JUDI,DISKO DAN MAKSIAT yang jelas HARAM disisi Islam. Kemenangan 1990 memberi kuasa kepada TGNA untuk menutup premis judi di Negeri Kelantan.Semua maksiat dapat diTUTUP dengan kuasa politik yang dimilikki TGNA dan jamaah Exconya. Perginya Paknik Lah mengadap Ilahi tatkala sedang berceramah diratap seluruh warga Pas.Rindu kasih pada beliau sedikit terubat bila anak sulongnya menjadi pengganti.Nik Amar Berjaya mengganti kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tapi sayangnya hanya 50% peribadi Paknik Lah diwarisi Nik Amar.


Sedarkah kita bahawa Kerajaan Islam Kelantan yang ada ini kita warisi dari nyawa dan jihad pemimpin terdahulu.Pengorbanan mereka terlalu mulia hingga nyawa jadi taruhan. Betapa keringat ,airmata dan darah mengalir dari perjuangan Pas.Perjuangan zaman sebelum 1990 cukup perit.Pas serba kekurangan dari aspek kewangan mahupun longistik.Tapi semangat juang ‘FI SABI LILLAH’ tidak pernah luntur. Misteri kematian HJ SAMAD GOL penuh tragis dan teka teki.Sebagai wakil rakyat pas yang hebat tentunya mengundang gerun di hati musuh Islam.Syahidnya Hj Samad Gol bila TETAKAN KAPAK membaham leher beliau tanpa belas kasihan selepas berceramah di Pejabat Pas Kelantan. Ramai pemimpin muda tidak mengenali Hj Samad Gol.Hanya nama menjadi sebutan.Kehebatan Mohd Sabu berceramah mengingatkan kita kepada Hj Samad Gol.Lantang dan berani dengan suara yang gagah adalah keistimewaan Hj Samad Gol yang tiada gantinya. Tidak ternilai juga gerak kerja dan buah fikiran PROF ZULKIFLI AHMAD bekas Ahli Parlimen Bachok.beliau antara pemimpin yang bijaksana dalam Pas anugerah Allah. Gaya pidato Prof Zulkifli masih tiada tandingan. KeBISAan berpidato dengan gaya bahasa terindah hingga digelar ‘Sukarno Malaysia’.Ribuan Khalayak terpegun,sunyi sepi menghayati setiap tutur kata darinya tatkala berceramah.Ceramah beliau adalah medan ilmu untuk teguhkan pegangan dan menjadi modal kepada pendokong Pas beristiqamah.


Prof Zulkifli tidak lokek menurunkan segala ilmu dari pengalamannya sebagai ahli akademik untuk susun atur gerakan Pas.Daya intelek yang ada telah diadaptasikan untuk perjuangan Pas. Takdir Allah mengatasi segalanya.Di saat khidmat beliau untuk Pas terlalu amat perlukan,Pro f Zulkifli telah pergi menyahut seruan allah.Beliau telah ‘syahid ‘ kemalangan jalan raya di Negeri Pahang. Jangan kita lupakan arwah CIKGU MUSA SALLEH Pasir Puteh.Biarpun beliau mati diluar dari Pas tapi percayalah tanpa Cikgu Musa keadaan mungkin berbeza .Beliau pembangkit ‘semangat’ dikala jiwa penyokong Pas menjadi lesu tidak bermaya. Era Cikgu Musa cukup menakutkan bila lahirnya Pemuda Tahan Lasak.Gerak gempur Pemuda Tahan Lasak sangat kejam,zalim.Bayangkan setiap ceramah Pas disabotaj.Rumah penyokong Pas dilontar batu hingga pecah cermin dan dinding.Pemuda Pas dipukul,dilanyak sesuka hati.


Cikgu Musa bangkit berceramah di saat genting berdepan Pemuda Tahan Lasak.Tiada penceramah berani ke depan kerana takut mengambil risiko.Hanya Cikgu Musa dengan misai “ala pelakon Hindustan” tidak pernah gentar pada semua itu. Daerah Pasir Puteh terkenal dengan “GEDEBE” yang ramai.Faktor duit menyebabkan ramai gedebe dibeli BN untuk menghentam Pas.Banyak kali ceramah Cikgu Musa diganggu tapi beliau tidak pernah berputus asa.Kezaliman musuh ditutupi oleh keberanian beliau. Beliau sendirian berceramah diiringi teman setia.Mengikut cerita Hj Salleh Bukit Gedombak yang selalu menemani Cikgu Musa berceramah ”ceramah dulu tak ramai pendengar kerana rakyat takut untuk dengar ceramah Pas”. “Ramai yang kena penampar,ditendang dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak.Ambo mesti bawa senjata sebagai pelindung diri bila diajak Cikgu Musa”.


TGNA juga tidak terlepas dari serangan Pemuda Tahan Lasak.Tanyalah bekas Penghulu Badang, Pak Ariffin yang setia mengiringi TGNA berceramah.Bukan pelik ceramah TGNA dilontar batu, diugut pukul dan dihalang secara keras. Tentunya TGNA masih ingat peristiwa selepas ceramah di Semut Api,Badang.Kereta TGNA dihalang batang kelapa dalam perjalanan pulang selepas ceramah.Pak Ariffin terpaksa memotong batang kelapa tersebut dengan gergaji untuk membuka jalan bagi TGNA pulang ke rumah.


Pas mencapai era gemilang selepas tahun 1990.Kemenangan besar membolehkan Kerajaan Kelantan menjadi milik Pas.Perjuangan Pas berubah dari pembangkang menjadi kerajaan.Anugerah Kerajaan Kelantan tentunya bersama ‘ghanimah’ yang menguji mentaliti para pejuang. Sikap tamak haloba pemimpin tempatan Pasir Puteh telah “mengorbankan” Cikgu Musa.Pangkat dan jawatan mula dikejar.Demi mencapai cita-cita busuk dan jawatan,golongan ini telah memfitnah untuk menjatuhkan Cikgu Musa. Sayang Seribu Kali Sayang! Terlalu mudah pucuk pimpinan parti mempercayai fitnah terhadap Cikgu Musa.Adilkah tindakan yang diambil terhadap beliau? Di mana nilai keringat pengorbana beliau saat Pas dalam kesusahan.
Tindakan cikgu Musa menyertai AKIM bukan UMNO sebagai tanda kecewa dengan pucuk pimpinan.Jiwanya tetap bersama Pas sehingga akhir hayat.Walaupun beliau membawa diri jauh dari Pas tapi jasa dan pengorbanan beliau adalah secebis dari coretan perjuangan Pas Kelantan. Jangan kita lupakan watak-watak hebat seperti Arwah Asri Muda dan juga Muhamad Nasir.Biarpun harumnya seketika cuma namun ianya tetap terukir dalam kamus Perjuangan Pas.Wangian yang dicoretkan mereka berdua tetap dihidu dalam kenangan mengisi liku-liku Pas Kelantan. Pas juga terhutang budi tidak terhingga kepada arwah Ust Buniyamin Yaacob,penceramah hebat era 90’an.Beliau bersama Hj Mohd Sabu membuat ‘road-show’ di setiap pelosok daerah di Kelantan agar Pas diterima biarpun serba kekurangan.


Arwah Buniyamin ‘mengadap Allah’ tatkala keringatnya masih diperlukan Pas Kelantan.Sedihnya beliau tiada harta pusaka untuk kelangsungan hidup keluarganya.Apa yang ditinggalkan hanyalah sebuah perjuangan yang diharapkan dapat membantu kesusahan keluarganya. Sukar untuk Pas bangkit selepas ditendang dari BN.Buktinya pada pilihanraya umum 1978 betapa pas berada jauh dari hati rakyat. Derita selepas tahun 1978 terubat 12 tahun kemudian iaitu 1990.Jangan pula pimimpin muda lupakan luka lama yang perlu dipahat di sanubari sebagai iktibar sebuah perjuangan. Kini Pas memiliki segala-galanya.Hampir setiap kawasan mempunyai bangunan sendiri hasil dari ‘INFAQ’ ahli parti dan sumbangan dari ‘KHAZANAH’ daerah Hulu Kelantan.Pemimpin makin selesa dengan pelbagai imbuhan yang banyak melekakan dan sesetengahnya menjadi alpa “LUPA DARATAN”. Tahukah pemimpin muda kini betapa susahnya bergerak sebagai pembangkang.Mengikut Ust Rahimi Al-Madani Baung, Pas Kelantan pernah BERIJTIMAK dalam KEBUN GETAH di TEPI TALIAIR KG TOK PANJANG,BINJAI KOTA BHARU.Bayangkan peritnya dengan pacat dan nyamuk menjadi teman tika berijtimak.


Kini semua derita sudah berlalu.Sungguh mudah kita lupakan dugaan aktivis terdahulu.Bayangkan IJTIMAK ULAMA MUDA berlangsung di Dewan KTC,sejuk dan nyaman.Tiada lagi unggas dan lumpur selut sebagai teman.Hampir separuh hadir berkereta,ada juga BERKERETA MEWAH.Tidak lagi menumpang van C20 milik peniaga pasar malam. Awal pemerintahan Pas 1990 rakyat cukup bersatu dan simpati dengan perjuangan.Kerana ikhlas dan kasih sayang mendalam kepada Islam, rakyat menderma tanpa berfikir panjang.Adakalanya bukan sekadar WANG RINGGIT tapi GELANG dan CINCIN EMAS turut didermakan. Kerana perjuangan rakyat sanggup berkorban harta benda.Rela terlepas nasi berlauk pagi kerana Pas lebih perlukan derma.Rakyat marhaen menjiwai perjuangan Pas sepenuh hati.


Amanat bekas Presiden arwah Ust Fadzil Nor di penghujung usianya cukup mengharukan.Arwah selalu berpesan tentang beberapa perkara yang hampir menjadi kenyataan kini.Sungguh tajam daya fikir arwah waktu menerajui Pas. Pertamanya arwah mendoakan agar Allah panjangkan umur Dr Mahathir.Tujuannya supaya Dr Mahathir sempat melihat kemusnahan politik di Malaysia hasil kesilapan beliau selama 22 tahun menjadi PM.Kini Dr Mahathir cukup menderita melihat legasi yang ditinggalkan. Ucapan Dasar Presiden dengan tema FIKRAH MADHIAH sangat dalam maksudnya.Apa yang dibimbangi oleh arwah Ust fadhil kini hampir menjadi kenyataan.Lontaran idea juga amaran arwah terhadap mentaliti KEBENDAAN agar jamaah lebih berwaspada jika ditakdirkan membentuk Kerajaan.


Lupakah Pemimpin Pas sekarang pada satu muktamar di PUTIK era arwah Ust Fadhil menjadi Presiden. Dengan tema WAHDATUL FIKRAH kita mendengar perbahasan yang penuh simbolik.Hakikatnya kita semua hampir lupakan INTIPATI yang telah disetujui bersama. Perginya mengadap Rabbuljalil arwah Ust Fadhil sebelum melihat Pas berjaya seperti PRU12.Sudah tersurat bukan rezeki arwah untuk melihat Pas menjadi tonggak siasah di Malaysia.Biarpun begitu arwah telah memPUSAKAkan Pas dengan landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan.


Kekosongan selepas ketiadaan arwah Ust Fadhil masih belum terisi hingga kini.Jiwa,semangat kental dan bijak membuat keputusan politik adalah aset arwah yang sukar dicari ganti.
Pas menerima kepimpinan Ust Hadi Awang sebagai Presiden dengan penuh tawadduk.Garapan seni politik beliau juga tajam berbisa.Sayangnya zaman beliau terlalu banyak cabaran dan dugaan menggugat perpaduan ahli-ahli parti. Kini pelbagai isu melingkari jamaah Islam bernama Pas.Kita bertelagah berebut jawatan,pangkat dan ‘ghanimah’. Beginilah lumrah manusia,tinggi sabarnya bila ditimpa kesusahan.Namun bila diuji dengan kesenangan ramai yang kecundang…...LUPA DIRI.


Tiba masanya Pas muhasabah atas mihnah dan tribulasi yang berlaku kini.Hidupkan kembali roh USRAH yang semakin dilupakan.Konsep TARBIYYAH juga mesti selari dengan tuntutan politik abad ke 21. Maksimumkan gerak kerja penerangan seperti CERAMAH untuk penjelasan isu-isu semasa.Bangkitkan kembali semangat rakyat yang hampir luput dari kamus perjuangan Pas.Rasailah denyut nadi rakyat marhaen yang menjadi ‘HARD CORE’ Pas selama ini. Pemimpin besar di semua peringkat hendaklah menjadi contoh kepada rakyat bawahan dari segenap aspek.Amalkan sikap SEDERHANA dalam semua sudut kehidupan agar kemanisan perjuangan itu dapat dirasai kembali.


Pimpinan semua peringkat hendaklah menjauhkan diri dari ambang FITNAH yang merupakan api dalam sekam.Jangan tinggalkan ruang walau sebesar lubang jarum untuk pihak lawan yang sentiasa menerkam dengan agenda tersendiri.


Pulihkan kembali PERSEPSI yang tercalar selama ini sebelum terlambat untuk PRU13.Kembalilah pada asas Perlembagaan Pas yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Berjuanglah dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah.Semoga Kerajaan Islam Kelantan mendapat perakuan dari Rasulullah sebagai menurut sunnahNya dan hampir menyamai PIAGAM MADINAH.


Sekian.

cilipadi007

Cari Jodoh : Tengah cari le ni

Oleh : aidilbalsus

Lama tak memblog gak 4-5 hari jugak la. Sabtu baru ni aku ke Melaka Kursus AMAL kat Sungai Udang. Nanti aku tulis laporan lah.......

Bawah ni lirik terkena kat aku....terkena siotttt..........Mak aku dah membebel dah......layan jelah lirik ni......huhuhuhuhuhuuuuu..............

..........................................................................................................................................................................

Wali Band : Cari Jodoh

Apa salahku apa salah ibuku,
Hidupku dirundung pilu,
Tak ada yang mau dan menginginkan aku,
Tuk jadi pengobat pilu,
Tuk jadi penawar rindu,
Tuk jadi kekasih hatiku,

Timur ke barat selatan ke utara,
Tak juga aku berjumpa,
Dari musim durian hingga musim rambutan,
Tak kunjung aku dapatkan tak jua aku temukan,
Oh tuhan inikah cobaan,

Ibu ibu bapak bapak,
Siapa yang punya anak bilang aku,
Aku yang tengah malu sama teman temanku,
Kerna cuma diriku yang tak laku laku,

Pengumuman pengumuman,
Siapa yang mau bantu tolong aku kasiani aku,
Tolong carikan diriku kekasih hatiku,
Siapa yang mau,

Timur ke barat selatan ke utara,
Tak juga aku berjumpa,
Dari musim durian hingga musim rambutan,
Tak kunjung aku dapatkan tak jua aku temukan,
Oh tuhan inikah cobaan,

Ibu ibu bapak bapak,
Siapa yang punya anak bilang aku,
Aku yang tengah malu sama teman temanku,
Kerna cuma diriku yang tak laku laku,

Pengumuman pengumuman,
Siapa yang mau bantu tolong aku kasiani aku,
Tolong carikan diriku kekasih hatiku,
Siapa yang mau,

(Woo woo oh oohhhh)

Ibu... bapakPunya anak bilang bilang aku,
Aku yang tengah malu sama teman temanku,
Kerna cuma diriku yang tak laku laku,
(Woo oh oh ohh)
Pengumuman pengumuman,
Siapa yang mau bantu tolong ah kasiani aku,
Tolong carikan diriku kekasih hatiku,
Siapa yang mau,
(Woo oh oh ohh)
Ku tak laku laku
(Woo oh oh ohh)
Ku tak laku laku
(Woo oh oh ohh)
Ku tak laku laku

Friday 15 January 2010

Tragedi Memali:Muzium PDRM Berbohong,Tak Hormati Mahkamah.

SUMBER : tukulbesi.blogspot.com



-Muzium Polis di Jalan Perdana





-Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di bilik pameran Muzium PDRM



Baru sahaja 19 November lalu kita sama sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali,Baling Kedah.Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali. Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.


Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka. Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah. Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.

Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini. Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut. Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.

Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar. "Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)

Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut. Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.

Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?". Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.

Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.

Thursday 14 January 2010

FOTO : Nostalgia......di Kuala Lumpur..........

Salam Wajah-Wajah,

Orang sibuk kes bakar gereja dengan kes enjin jet hilang, aku memblog benda lain. Malas nak ulas pasal kes bakar gereja. Taktik lama, tak makan aku dengan taktik kartun atau taktik umno yang "old school". Kepada juragan-juragan umno, 1969 boleh lah beb, sekarang 2010 lah braderrr....wa cakap luu.......


Baik layan gambar kat bawah, nostalgia KL, layaannnn.......................


Sumber : Email
























Tuesday 12 January 2010

Monday 11 January 2010

Sakit Mata : MC dua hari...huhuhu....





Hari ni dan esok aku MC dua hari. Mata ku sakit....adeh "You berjangkit ngan sapa ni Firdauz" kata Doktor India tu. "Yeke...." aku rasa pelik. Sapa pulak yang bawak virus ni......



Ya Allah....Moga sembuh cepat. Dapat bekerja dan bejuang semula...Amin.....