Thursday, 4 February 2010

Bila UMNO tidak menyerang PAS...


Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man



Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil' terutama bila mana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman. Bila mana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markas PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum dan berbual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya menghubunginya di luar negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.
Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bila mana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato' Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.



Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: "Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak." Saya menjawab : " InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini." Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan -cawangan yang telah membuat jemputan, tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.
Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: "Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?" Beliau menjawab: "Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!" Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.



Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikut kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.



Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau. Sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau ke luar negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.



Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tidak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosedur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.
JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say', dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.



Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.
Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.



Wassalam.


Wednesday, 3 February 2010

Hukuman PAS PUSAT! Khalid Samad keluar......

Sumber : Tok Pepijat



Hasan Ali PJ Selangor kena amaran manakala Khalid Abd Samad AJK Biro Politik PAS Pusat digantung jawatan 6 bulan dalam PAS. Begitulah hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat hasil "mulut laser" mereka berdua. Khalid keluar dari bumi Malaysia ketika menerima hukuman manakala Hasan Ali berada dalam negeri. Khalid dalam kenyataan terbarunya menyatakan menerima hukuman dengan hati terbuka. Beliau ingin menjadi "Khalid Al Walid Moden" yang menerima perlucutan jawatan panglima dari Khalimar Umar. Beliau juga mungkin mahu jadi Ummu Mukminin Aisyah yang diminta ibubapanya agar mohon maaf kepada Rasulullah. Aisyah menjawab, "Aku ingin minta ampun dari Allah Taala sahaja".


Hasan Ali pula menyatakan beliau terima hukuman itu dengan hati terbuka dan sebagai proses pendidikan bagi dirinya.Apapun ulasan dari mereka berdua, yang pasti keduanya telah dihukum dan mereka menerima hukuman itu dengan hati terbuka. Persoalannya, mengapa orang-orang kelilingnya masih berminat dan beria-ia untuk "mengipas" terutama untuk Khalid membangkang dan memprotes hukuman itu? Sebenarnya mereka-mereka yang cuba "mengipas dan menghasut" Khalid agar menentang pimpinan adalah orang yang belum mengenal siapa Khalid yang sebenar. Khalid Abd Samad adalah manusia jenis yang berprinsip dan amat sayangkan PAS. Semasa di UK lagi beliau seorang yang radikal dengan perjuangan Islam. Semasa balik dari UK,beliau pernah berhajat menubuhkan Parti Negara Islam. Tetapi apabila PAS diterajui ulamak, beliau batalkan hajatnya.

Pernah berehat di Kamunting. Banyak kali tewas dalam pilihanraya di Kelantan, Perlis dan Johor. Beliau lebih dahulu berkecimpung dalam PAS berbanding Hasan Ali. Beliau sanggup berketuakan Hasan Ali walaupun beliau lebih senior dalam PAS Selangor. "Dosanya" yang menyebabkan kena gantung 6 bulan adalah kerana menegur Hasan Ali. Nasihat buat Khalid, anda teruskan kerja anda. Tegur apa yang patut. Jangan risau kebenaran pasti muncul jika kita jujur, ikhlas dan benar. Kepada Hasan Ali, anda teruskan kerja anda. Tepat sekali ulasan anda tentang hukuman amaran itu. Satu proses pendidikan diri. Rapatkan balik saf pimpinan PAS Selangor. Ingat kerja jahat Khir Toyo belum berakhir.




Akhirnya kepada pencacai Khalid, seronok dan banggakah anda semua jadi " Abdullah bin Ubai" ? Taubatlah.

Gila Facebook...........Lagi!!!!

Salam Wajah-wajah,
Rindu aku nak berposting. Tapi apakan daya tengah menggila main facebook. huar huar huar.....


Nantikan.......tut tut tut......




Friday, 29 January 2010

Gila Babi : Sapa buat dajal niiii....?

Salam Wajah-wajah,

Dua tiga hari ni kecoh orang baling kepala babi dalam masjid. Aku pulak, "dah agak dah". Geng-geng desprado mula "curah petrol" pada api konflik dengan berharap konflik agama akan bermula kerana suvival politik mereka. Konflik perkauman tak jadi, buat pulak konflik agama.

"Old school" itu je aku nak cakap. Sapa-sapa yang terpengaruh memang dia ni masih ingat dia duduk tahun 60an atau dia ni peminat taksub pop yeh yeh atau majoriti saluran satu. Bukan saluran satu yang undi PAS/PR yek. Tapi tulah aku terpikir, kalau orang PAS buat confirm ISA, tapi kalau orang dia buat "aaaaaaa....errrrr.......uuuuuu.....belum jumpa bukti"
Syabas kepimpinan PAS bijak tak melatah. Kalau melatah tak tau leeee.... Syabas sebab tangani isu dengan matang.
Well done........................



------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Harakahdaily

Dua kepala babi di masjid Datuk Harun


PETALING JAYA, 27 Jan: Dua kepala babi dikesan dilontar di masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun di Petaling Jaya pagi ini. Menurut satu sumber, kejadian disedari jam 7 pagi apabila siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan di perkarangan pintu masuk bahagian belakang masjid. Pada mulanya beliau menyangka bungkusan tersebut mengandungi bayi yang ditinggalakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun setelah pihak polis yang dihubungi datang menyiasat, terdapat dua kepala babi dalam bungkusan tersebut.




Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari dan beberapa anggota unit amal. "Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Saya harap umat Islam khususnya bertenang dan jangan emosi dalam perkara ini."Kita serah kepada pihak polis buat sisatan," jelasnya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada usaha terancang oleh pihak tertentu membuat provokasi untuk mencetuskan kemarahan agama dan kaum.



Difahamkan turut mengalami nasib sama adalah masjid Taman Sentosa. Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beberapa agensi berkaitan dilaporkan sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.
Orang ramai juga dilaporkan mula memenuhi kawasan tersebut.

Gila Facebook...........

Salam Wajah-wajah,
Sehari dua ni aku tak memblog sangat pasal tengah gila facebook. Yelah baru belajar facebook. Tengah menggila sikit. hehehehe.

Aku guna banyak untuk berhubung dengan adik-beradik dan teman-teman seangkatan. Banyak kelebihan facebook ni. Prof Abu Hassan pernah kata dalam Konvensyen Blogger PAS, Facebook dan Blog adalah satu kelebihan iaitu media baru yang wajib kuasai kalau tak kita ketinggalan.


Oklah aku nak berfacebook.......chaaloooo................

Tuesday, 26 January 2010

Spekulasi : YB Azan Ismail, Indera Mahkota



Oleh : aidilbalsus

Salam Wajah-wajah,

Aku baru telefon Yb Azan dan beliau berada di HQ PKR di KL dan berborak dengan dia beberapa minit. Spekulasi mengatakan Yb Azan Masuk umno ke, keluar PKR ke, jadi bebas ke adalah tak betul dan dia masih YB PKR/PR dan tetap teguh bersama PAS dan DAP. Jadi janganlah ajen umno buat spekulasi macam-macam. Aku kenal Yb Azan tu. Aku berkempen dan bekerja memenangi dia. Beliau bukan macam katak tiga ekor kat Perak tu.

Yb azan cuma tak berpuas hati dengan pengurusan PKR Pahang. Itu yang di cerita kat aku. Jadi aku dah jelaskan dan jangan buat andaian macam-macam lagi.
Moga Yb sentiasa teguh dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T......Amin.


chaaloooo...........

Tazkirah : Bersama Dr Haron Din : Perihal Nabi Ayub sakit teruk

Sumber : Internet






SOALAN: Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub a.s. yang mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan.



FAUZI ABDUL RAHMAN, Gombak, Kuala Lumpur


JAWAPAN: Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)



Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.



Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.



Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.



Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.
Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.



Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.
Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.
Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.



Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.
Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:



"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.
"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)



Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpamcar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.



Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.
Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.



Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya.



Wallahu a'lam. - lanh