Tuesday 11 January 2011

YB Beserah, santai bersama rakyat

Untuk Berita Harakah Pahang, Oleh : Mohd Aidil Firdauz


Nampak seperti selamba, tiada rupa seorang YB namun itulah YB Beserah. Sentiasa santai apabila bertemu rakyat. Begitulah apabila beliau di Kedai Kopi. Pada ahad baru-baru ni Bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Beserah, PAS Kawasan Indera Mahkota dan juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang turun meninjau masalah rakyat yang berada di perkampungan nelayan Beserah.




Dengan berbekalkan sedikit buah tangan yang tidak seberapa seperti beras, gula dan lain-lain dengan rakyat susah payah hadapi kenaikan harga barang, maka buah tangan PAS dapatlah meringankan beban keluarga nelayan. Memandangkan juga semenjak ini tidak dapat turun ke laut kerana ombak yang besar. Ombak besar yang setinggi yang beberapa meter tidak memungkinkan nelayan terutama nelayan Beserah turun ke untuk menangkap ikan dan melakukan aktiviti penelayanan.



Dalam program itu turut hadir ajk PKR Cabang Indera Mahkota yang turut hadir sebagai sokongan dan solidariti dengan program yang diadakan. Mereka juga kagum dengan usaha yang dilakukan dalam membantu rakyat. Seramai sembilan orang penerima bantuan untuk fasa ini yang diberikan dan seterusnya akan dibuat di fasa yang lain. Penduduk yang menerima bantuan mengucapkan terima kasih walaupun PAS yang dikekang dengan sumber kewangan dan YB Beserah yang dinafikan haknya tetap bersama rakyat dalam apa keadaan.
Selepas program habis beliau mengajak semua AJK untuk minum petang dan sambil menjamah keropok lekor. Beliau berkata nelayan adalah salah satu pekerjaan yang memerlukan kesabaran terutama apabila musim tengkujuh melanda. Sebelum itu Sekitar dun Beserah dilanda banjir kilat apabila hujan turun mencurah-curah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan PAS terutama Jabatan AMAL Malaysia Kawasan Indera Mahkota yang banyak membantu apabila banjir melanda.
Sekian.
Add saya di FB - Firdauz Nasir

No comments: