Sunday 9 January 2011

Jabatan AMAL Indera Mahkota Terus Berbakti.

Salam Wajah-wajah,

Berita Dun Beserah.

Jabatan AMAL Indera Mahkota Terus Berbakti.

Jabatan AMAL yakni Unit AMAL Indera Mahkota dengan kerjasama PAS Kawasan Indera Mahkota terus berbakti mengharung Banjir yang melanda sekitar Dun Beserah. 30 Disember 2010 dan 6 Januari 2010 adalah tarikh berlakunya banjir terutama di Seberang Balok, Pelindung Perdana, Sungai Karang dan Beserah Utara. Komander AMAL Sheikh Azlan Sheikh Abdul Aziz Berkata:

- Adalah satu kerja AMAL kita dalam untuk berbakti kepada masyarakat dan sebagai NGO di Bawah Dewan Pemuda PAS akan terus berbakti dan menaikkan nama Parti.

- Kita Telah Bersedia dari mental dan fizikal untuk menghadapi apa yang berlaku, walaupun kekangan kewangan bukanlah alasan untuk kita berbakti pada masyarakat.

- Apa yang berlaku dalah Ujian dari ALLAH S.w.t dan kita harus menghadapinya dengan penuh tabah dan Ikhlas, beramal kerana ALLAH.

- Selain itu punca banjir ini juga adalah sistem perparitan dan akibat bangunan dan juga perumahan yang tumbuh bagai cendawan. Sudah dua kali banjir yang teruk dan harap pihak berwajib ambil tindakan. Jikalau tiada maka kita akan hadapi lagi masa akan datang. Namun bersyukur ia reda sekejap.

- Kepada yang berminat boleh menyumbang ke akaun AMAL Indera Mahkota dan juga menyumbang untuk aktiviti-aktiviti kerja Jabatan AMAL Indera Mahkota.

Sekian.

Boleh berhubung di FB taip Firdauz Nasir.

No comments: