Wednesday 10 March 2010

Konvensyen Jabatan Amal 2010 : Lensa aidilbalsus

Lensa : aidilbalsus

6 MARCH 2010


Kepada seluruh warga Jabatan Amal Malaysia agar senantiasa bersedia untuk turun ke medan bagi melunaskan slogan Al A'malulillah [ Amal Kerana Allah ] tanpa sebarang alasan dan dolak dalih biarpun sukar dan getir . Kalian adalah Duta Penyelamat dan Kasih Sayang .


Anugerah ini bukan kemuliaan tetapi amanah yang sedang dibebankan di bahu kalian . Mohonlah petunjuk dan kekuatan dari Allah swt agar kalian mampu melaksanakan tugas dan tangunggajawab dengan jaya dan berkesan .


Anugerah ini juga sebagai motivasi untuk kalian terus gigih dan thabat mendepani apa jua cabaran dan halangan demi berkhidmat kepada masyarakat semata - mata kerana Allah swt . Biar dimaki dan dicaci namun kalian mesti terus cekal memberi kebajikan justeru ia adalah antara asas perjuangan kita .


Sejurus disemat bintang Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal ini , bermakna kalian sedang memikul amanah perjuangan yang maha berat . Awas jangan sampai kecundang justeru itu berhati - hati melangkah dan jayakan tema kita " Memasyarakatkan Amal " . Kini Jabatan Amal bukan sahaja menjadi milik Dewan Pemuda PAS Pusat tetapi juga menjadi milik masyarakat awam terutamanya masyarakat tertindas dan marhaen .



Perjuangan yang kita dokong ini penuh dengan pengalaman suka duka . Gandingkan pengalaman semalam yang cemerlang dan gemilang bersama penemuan - penemuan baru yang bakal diteroka agar ia memberi nilai tambah yang berprestij buat Jabatan Amal . Setelah kita bangga meriwayatkan sejarah kejayaan senior kita di hari - hari silam , marilah kita mengorak langkah mencipta sejarah kita sendiri pada hari ini agar ia pula menjadi kebanggaan generasi kita yang akan datang .



Sungguh kita berjuang hari ini dengan segala keupayaan dan kemudahan , namun kita tidak lepas dari menimba pengalaman serta tunjuk ajar orang - orang terdahulu bagi mencipta kehebatan kualiti , prestasi dan reputasi kita hari ini dan masa depan .

Banyak sungguh perbedaan pandangan dan banyak juga masaalah yang dihadapi , namun kita semua bertekad akan menyatukan saff kita , melupakan soal remeh temeh yang hanya mengganggu kelancaran kita bertindak , fokus kepada hadaf dan ghayah kita serta tekad untuk senantiasa memperbaiki kelemahan , kekurangan dan memperbetulkan kesilapan kita dalam usaha memburu kesempurnaan .


Hubungan kita bagai air yang dicincang tiada putusnya . Tegur menegur dan nasihat menasihati menjadi rasmi kita berjamaah . Yang ditegur segera insaf dan yang menegur tidaklah ego sebaliknya teguran yang bersulam semangat mahabbah dan ingin lihat Jabatan Amal terus hebat di mata dunia dan mendapat pengiktirafan di sisi Allah swt.

Kami akan terus mewaqafkan diri buat perjuangan suci ini . Kami sedar ianya sukar dan kami insaf yang ianya susah namun kami tiada pilihan melainkan terpaksa mengorbankan apa yang ada pada diri kami demi melihat Islam terus mara dan perjuangan ini terus berlangsung . Tiada kenal kami akan penat dan lelah sebagaimana tiada pula istilah kalah dalam diari perjuangan kami . Samaada menang atau syahid itulah slogan perjuangan yang kami semat di sebalik pingat dan anugerah .
Bersiap siaga menerima arahan dan berwaspada mendepani karenah politik dan cabaran semasa. Kami sedia dengar dan taat dan memberikan sepenuhnya wala' buat perjuangan suci ini dan thiqah yang tiada belah bahaginya selama mana ia berlandaskan perjuangan an Nabawi dan tidak pula menyalahi nas syara' .



Kami langkah maju kehadapan tanpa lagi menoleh ke belakang jauh sekali berpaling meninggalkan perjuangan . Insyaallah , demikianlah azam kami Jabatan Amal Malaysia untuk senantiasa berkhidmat Kerana Allah swt . Pada masa yang sama kami juga akan memastikan Jabatan Amal senantiasa segar dan hidup di hati masyarakat dengan kreativiti yang menarik dan pro aktif melepasi sempadan penat , bosan , jemu , malas dan jumud .

Wednesday 3 March 2010

Katak dimusim panas.......pelik tuuuu.......


Salam Wajah-Wajah,



Hari pun tengah musim panas tapi pelik banyak betul katak. Selalu katak aktif masa hujan je, rupa-rupanya aktif musim panas jugak. Yela katak kepanasan. Sana lompat, sini lompat entahlah....Donia...donia....

Manusia...Bila tak dapat sesuatu mulalah melompat sana sini, serupa umno jelah. Tapi apa nak heran yang melompat pun majoriti bekas umno. Masuk umno balik apa nak herannya. Otak dah beku dengan umno tu beku juga. Keris dah karat besi (karat emas boleh dijual) nak buat macam mana, biarkan.....

Malam tadi tengok hujah, ada Prof ke Dr ke entahlah dari UUM rasanya kata PAS dalam keadaan tertekan. Aku pun tak tau apa yang tertekan. Kalau tidur kena "tekan" adalah. Tekanan kerja adalah. Tapi aku tengok dia macam orang dalam tekanan masa membalas hujah Prof Agus je aku tengok.

Sekarang ni apa yang penting PAS perlu kuatkan jemaah, kuatkan parti, kuatkan kepimpinan, bersatu demi Islam, atas nama Islam (BUKAN atas nama Melayu). Bila Islam kuat Kita akan Kuat.


Wehdah.....Wehdah.....Islamiyah


---------------------------------------------------------------------------------


Terjah jer beb ! - Orang 'kulaan' keluar PKR jadi Bebas ! (update)


Sumber : politikbanjar.blogspot.com


Musim tinggalkan parti. Hari ini keluar lagi. Orang 'kulaan' pulak. Ahli Parlimen Bagan Serai tinggalkan 'talak' kepada PKR. Hj. Mohsin Fazli Shamsuri isytihar jadi calon Bebas.
Ahli Parlimen tu beb ! Tan Kuda sah geleng kepala. Bagan Saraiii..Bagan Saraii...! Pun barai ! Hadoiyyy..! Buat Haji Mohsin, " andika..wanikah handak babulik mahadap pengundi.., jangan ada yang manimpass..kalukoo...pagat misai ! " .




Beliau antara yang gagal hadir ketika Menolak Bajet Najib pada Disember tahun lalu. Teringat kata Greenboc di blog beliau suatu masa, katanya " mereka-mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang..".


Kronologi :
1. Bayan Baru ke Penanti (20 minit perjalanan dgn keter Made In Malaysia)

2. Penanti ke Nibong Tebal (30 minit perjalanan ikut Highway PLUS - pun pakai keter Made in Malaysia, bukan BMW macam sapa tu yg minta PKR tolong bayaq ?)

3. Nibong Tebal ke Bagan Serai (20 minit perjalanan ikut jalan lama(main road) pakai keter Made In Malaysia juga).

(*) Lepas ni boleh dapat agak tak, MP atau Adun mana pulak yang nak keluar PKR ? Clue - 30 minit perjalanan dari destinasi terakhir..???
Guris hati kulaan ? Yaa..betul lah..hati 'kulaan'ku terguris dan digores..!!

____________________


Catatan oleh : Elbaritii (link)
Apa yang berlaku dalam PKR tidak mengejutkan pimpinan PR, blogger PR dan penyokong kuat PR. Mungkin lagi ramai yang keluar dari PKR lebih melegakan mereka yang beranggapan itulah "tathir" atau pembersihan yang dibuat oleh ?

Lagi ramai keluar bermakna sudah tidak ramai lagi yang kekal dalam PKR untuk membuat onar dan busuk. Lebih memudahkan gerak kerja PKR. Eh, begitukah kita berfikir?

Atau itulah pembuktian bahawa PKR penuh dengan onar dan busuk? Bahawa sebenarnya ramai yang bersama PKR memasang kepentingan diri dan kroni. Sudah terhalang mendapatkan habuan, kekasih lama dikejar semula?

Walau apapun yang ditafsirkan, bagi rakyat umum, ia membuktikan Umno lebih baik berbanding PKR. Rakyat umum yang saya maksudkan adalah rakyat teramai yang tidak mendapat akses kepada maklumat alternatif selain perdana. Tiada istilah tathir bagi mereka. Tiada istilah dibeli atau takut terjual. Apa yang mereka tahu, "wow, Umno bertambah kuat dan dipuji oleh orang-orang kuat PKR dulu-dulu"!

Jika keadaan begini berterusan, mampukah PKR menggapai lagi kemenangan yang besar seperti pilihanraya lalu, untuk yang mendatang? Apa kekuatan mereka selepas ini? Dulu mereka kuat dengan kekuatan Anwar dan kelemahan Pak Lah. Kini mereka semakin lemah dengan kelemahan Anwar dan PKR dan kekuatan Najib. Pola yang jelas, Najib mula meraih popular dan Anwar menjadi bahan kajian dan luahan kedai kopi. Jika tidak semua, seorang dua tentu percaya kerja buat Anwar bagai yang dituduh di mahkamah, biarpun itu dosa besar qazaf.

Nampaknya, semuanya semakin sampai ke persimpangan. Simpang yang dulunya PAS ada kekuatan sendiri untuk memilih. Tetapi kini, sukar PAS membuat tekad, kerana azam-azam dalam PAS terlalu berselerak dan banyak. Banyak perkara akan membawa kepada keadaan belum tentu dalam PR. Ini perlu menjadi iktibar kepada SEMUA parti, khususnya PAS untuk melihat semula tapak-tapak asas di kubu sendiri dan mulakan perkemas sisi taklidinya.

Janganlah lagi berpaut di dahan yang rapuh, kelak akan jatuh jua, walaupun rapuh itu asalnya jati yang matang. Kalau sudah nampak rapuh, kembalilah ke pangkal. Bolehkah kita membaca...ada unsur tathir dalam diri PAS, bukan membuang busuk dari parti, tetapi membersihkan diri yang terpalit dedalu parasit yang melemahkan jati diri.

Politik penuh dengan seni. Seni itu termasuk mengenal musuh diri dan menjadikan musuh sebagai kawan diri tika perlu sahaja. Mempercayai orang sendiri adalah seni asas. Kalau ini pun tidak lepas, susahlah PAS.

Monday 1 March 2010

Dr Mohd Asri dihalang JAIP

Salam Wajah-wajah,


Pada hari sabtu baru ini Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis dijemput untuk berforum tentang Undang-undang Syariah oleh Jawatankuasa Surau Ar-Raudah Pelindung Beserah, kuantan. Alhamdulillah ramai yang datang kerana semalamnya ceramah Abg mat Sabu di Sungai Ular. Pagi sebelumnya ada pemeriksaan kesihatan percuma.


Menjelang malamnya program lancar, namun kedatangan pihaj JAIP dengan pasukan penguatkuasa cuba menghalang Dr Mohd Asri dari berforum. Selepas berunding Dr Asri hanya boleh berforum tanpa menyentuh isu Agama Islam. Tanpa menyentuh isu Agama Islam? Ini memang arahan tak masuk akal. Beliau dihalang oleh JAIP atas arahan Pejabat Mufti Pahang. Kenapa jadi Begini? Saya sendiri tak paham.



Peguam Fadli dan Ustaz Nasruddin Tantawi.



Ustaz Din Mengatakan Sesuatu Pada Dr Asri.



Dr Azhar Yaakop.


Dr Asri pun duduk di kerusi forum, tak sampai setengah jam selepas berucap sedikit beliau pun angkat kaki. Pengerusi malam itu Peguam Fadli dari Rompin memujuknya tunggu sekejap, juga Ustaz Nasruddin Tantawi. Dalam Masa sama Dr Azhar Yaakop sedang berucap. Setelah turun dia luahkan kekecewaannya kerana dia dijemput tapi dihalang JAIP dari menyentuh isu Agama. Apa gunanya?


Persoalannya kenapa Mufti Pahang takut sangat dengan Dr Asri? Kenapa mesti halang beliau berforum? Dr Asri bukan berkuliah atau beri ceramah. Ini kerana surat yang dihantar ke JAIP dari mufti Pahang, salinannya ada kami tengok. Beliau seperti tidak senang dengan kehadiran Dr Asri. Sungguh benar tak paham. Sepatutnya orang Agamawan lebih tahu mana pokok persoalan yang penting dan tak penting. Kalau kita tak sependapat dengan Dr Asri tidak mengapalah. Dr Asri bukan Sesat.


Dr Asri Bekas Mufti, Pensyarah Di USM dan ada rancangan sendiri di Astro rangkaian OASIS. Beliau tidak berparti, bukan penyokong mana-mana parti. Pengikutnya dikalangan orang parti kerajaan, parti pembangkang dan tidak berparti. TPM dan PM pernah bersama beliau dalam program bersama beliau. TGNA dan kerajaan Kelantan kerap menjemput beliau. Jadi, Apa masalahnya.


HURU HARA majlis malam tu. Sampai Ustaz Nasruddin, Peguam Fadli dan Dr Azhar meluahkan kekecewaan masing-masing sampai saya tengok dah tak macam forum, jadi ceramah umum. Kecewa masing-masing dengan sikap Jabatan Agama.



Kecewa Dr Asri di layan sebegitu rupa oleh JAIP.


Untuk pengetahuan semua, banyak pendapat Dr Asri saya tak setuju tapi apa salahnya kita berdialog. Islam meraikan pelbagai pendapat asal tak lari dari aqidah dan syariat. Sibuk nak halang orang Agama bercakap tapi tak nak bersihkan Bandar Kuantan dari maksiat sampai orang luar cakap Kuantan Hatyai pantai timur. Kecewa lagi saya dengan Jabatan Agama. Kecewa dengan Mufti Pahang.


Insyaallah kita akan jemput Dr Asri dan PAS akan sediakan platform untuk beliau berforum. Kita Tunggu.


Cakap tak boleh ambik gambar pun jadi.