Wednesday 24 February 2010

Ceramah Umum : Mana-mana sahaja.....

Wajah-wajah sekalian,

"Datang jangan tak datang..........Datang jangan tak datang..........Datang jangan tak datang..........Datang jangan tak datang.........."







Lensa aidilbalsus : 14 feb 2010 : Kampung Ku....

Salam Wajah-wajah,

Raya cina baru ni balik kampung tenangkan pikiran, lari kejap dari asap kilang kat gebeng dan pelabuhan Kuantan ni. Ada ternak rusa ngan kuda orang kampung aku ni. Waaaa sudah maju. hehehe......panas sangat, terjun kat jeram bangkin.

Lama tak update Blog. Inilah penangan Facebook. Gilo... apa-apa pun tengok jelah gambar di bawah :

Lokasi - Kampung Dong
Daerah - Raub
Negeri - Pahang






















Wednesday 10 February 2010

Lensa aidilbalsus : 6 feb 2010 : Sumbangan Ang Pow Di Rumah Orang Tua(Cina) di Bukit Ubi, Kuantan.

Salam Wajah-wajah,

Pada hari yang sama tengahari pergi ke Bukit Ubi ada rumah orang tua bangsa cina, ada sumbangan ang pow dari PAS dan PKR Indera Mahkota. Walaupun berbeza agama dan bangsa terasa sayu tengok orang tua di sini. Teringat arwah aki aku. Duduk disini tidak bersama keluarga. PR Indera Mahkota sambil sumbangan limau ada juga ang pow buat penghuni sini ceria di Tahun Baru.


Encik Mahmud menyantuni penghuni. Bakal YB lah katakan....hua hua hua.






YB azan dengan sumbangan Ang pow.









YDP Nasrun Amir ceria bersama.






YB Syed Mohammad senyum bersama.






Ni Pengerusi rumah ni kata Warga tua ni umur 80 lebih. Waaauuu......



Sesi bergambar ramai-ramai.



Sebelum Balik dapat snap sikit......Uncle ni asal orang beserah. Fasih cakap melayu.



Aku ingat uncle ni nak wat apa bangun dari kerusi roda, rupa nak simpan limau dalam kocek. Tersentuh aku rasa dalam hati.

Lensa aidilbalsus : 6 feb 2010 : Bagi limau di Pasar Pagi, Air putih

Salam Wajah-wajah,

Sabtu baru ni PAS Kawasan Indera Mahkota bersama PKR Indera Mahkota sama-sama membahagikan limau kepada pengunjung berbangsa Cina di Pasar Pagi Air Putih. Sambutan cukup menggalakkan. YB Azan, Ustaz Suhaimi Ketua DPP Pahang dan YDP Nasrun Amir Antara yang mengagihkan limau sempena Tahun baru Cina yang menjelang 14 feb 2010.



YB Azan membisikkan sesuatu pada pengunjung.



"Ni hao ma"

Ustaz Suhaimi dan Saudara Azhar


Suasana Pasar pagi



Tanya masalah



Macam-macam cerita



Panjang boraknya



YDP menyantuni pengunjung



Senyum mereka



Borak sakan



Apa khabar uncle?



Apa agaknya nyonya ni cakap.



Happy new year.

Tuesday 9 February 2010

DS Nizar, kami bersamamu


Salam Wajah-Wajah,



Kita beristighfar sebanyak mungkin dengan apa yang berlaku,



Moga ditetapkan hati kita dengan perjuangan,



Tidak mudah kecewa dengan perjuangan,



Kita bersyukur kepada Allah S.W.T,



Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku,



Walaupun ketidakadilan yang kita nak dapat,



Mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi kita,



Teruskan berjuang, jangan ada sedikit rasa jemu,



Dato' Seri, kami tetap bersamamu dalam perjuangan ini,



Ingat kita pihak yang benar, bukan mudah nak menang,



Rakyat sekalian kita banyak-banyak bersabar.



Takbir..........Allahuakbar...!!!!!


Zambry kudeta MB Perak.............hmmmmm

Salam Wajah-wajah,

Maklumat terbaru Zambry tu MB Perak jugak. Emmmm.....Apa boleh buat, nasib badan. Tunggu jugak PRU 13. Mungkin takdir kita bertemu di PRU dengan umno.

Tapi masalah jugak, kes speaker tak settel lagi. Macam mana.............? Entahlah.....

Dari Harakahdaily : Live@Feb.9 - Hakim sedang baca keputusan penghakiman

Oleh : Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Feb: Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria mulai membaca keputusan penghakiman kira-kira jam 10.30 pagi dan menjelaskan latar belakang kes dalam kemelut Dun Perak.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi. Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".


Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang. Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah. Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.


Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa. Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah. Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.
Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.
Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.


Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah. Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.

Lensa Wak Albanjari : Live@Feb.9 - Baru mula

Salam Wajah-wajah,

Baru call Wak Al-banjari, mahkamah baru mula lebih kurang pukul 10.00 pg. Tak tau apa-apa lagi. Berdebar jugak aku rasa. Aku call wak pun tadi dia tengah sibuk. Harap-harap ada berita baru.

P/S: Aku pulak lebih debar dari DSNizar. fuuuyyyyooooooo..........

Lensa Wak Albanjari : Live@Feb.9 - Foto awal pagi di mahkamah

Salam Wajah-wajah,

Pagi ni aku akan cuba sedaya upaya dapatkan berita pasal DSNizar lawan Zambry dari lensa Wak Albanjari.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Perkarangan mahkamah mula dikerumuni oleh orang ramai seawal jam 7.30 pagi. Shot depan pintu mahkamah. Untuk mendapatkan liputan langsung sila aktifkan Cover It Live anda. 8.30 pagi kita mula berlangsung terus dari mahkamah.


Kawalan amat ketat. Tak percaya ?


Kumpulan Pewaris yang turut hadir. Harap tak buat kacau..! Wa caya lu..!!

Monday 8 February 2010

Pesanan penting DS Nizar kepada rakyat Perak

Asalamualaikum dan salam sejahtera


Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.
Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.


Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.


Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.


Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!


Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!


Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Friday 5 February 2010

Memori : Kursus kejurulatihan AMAL, Sungai Udang - III

FOTO : Facebook JABATAN AMAL PENGKALAN CHEPA


Salam Wajah-wajah,


Terima kasih kepada Jabatan AMAL Pengkalan Chepa terutama Saudara Aminudin dari AMAL Kelantan kerana ambik gambar kami.


Syukran......graciasss..........