Thursday 31 December 2009

16 tahun aku bersama Perjuangan ini.

Oleh : aidilbalsus

Salam wajah-wajah,

Teringat ketika dahulu waktu aku di tingkatan 1. lebih kurang tahun 1993 waktu tu kecoh Dr. M nak bekukan kuasa Sultan apabila berlaku kes melibatkan Kerabat Johor. Betapa bengang aku dengan Dr. M, “ takkan pasal kes diorang nak libatkan semua Sultan” getusku. Aku yang dari karat biru mula goyang pada BN dan mula menyokong pembakang. Aku mula menyokong S46 masa tu bersama PAS berjuang mempertahankan Kesultanan Melayu. Semangat Kemelayuan aku terlalu kuat masa itu. Jika terjentik Sultan aku maknanya dia jentik aku. Aku pun tak paham dari sekarang napa aku lain dari lain, pemahaman politik aku tak macam kawan-kawan sekampung ku.


Aku mengenali PAS dan S46 dari seorang kawan berpangkat Abang jugalah sebab umurnya 10 tahun lebih dari aku. Engku Bahri anak sedara pada tokoh PAS Pahang Tengku Puji dan dari situ aku mengenali Allahyarham Ust Fadhil, TGNA, TGHH dan lain-lain. Aku mula mendengar risalah PAS, Akhbar WATAN, Kaset dan lain-lain. Banyak yang aku pelajari tentang PAS dan hari makin hari cinta aku terhadap PAS dan perjuangan ISLAM makin menebal.



Tengku Puji sewaktu ceramah di Kampung Ria, Semantan, Raub pada 2007



Ceramah di Kampung Ria, Semantan, Raub pada 2007

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Raub, Pahang. Taulah Pahang darul “UMNO”. Sebab akulah yang paling pelik di kampong aku. Keluarga aku semua UMNO dan umur aku baru 13 tahun patutnya hanya pikir pasal main dan masa yang sama aku pikir pasal POLITIK. Mehnah dan tribulasi dalam perjuangan biasalah. Aku dimarah, aku dipulau oleh kawan-kawan sebab sokong PAS. “PAS tu jahat, nanti kita hidup susah” itu je yang diorang tau. Aku kadang-kadang goyang sebab umurku yang terlalu muda, hidup dalam kelompok UMNO ni memang payah. Tapi aku masih memikirkan sampai kini kenapa aku tak goyang, kenapa sampai kini aku tetap dengan PAS. Susah senang aku bersama PAS. Kalau aku nak senang baik masuk UMNO.


Aku merasa juga susah bersama dengan PAS. Namun kemuncak PAS ialah 1999 apabila gelombang reformasi dan dengan gelombang reformasi itulah ramai yang menyertai PAS. Sekarang aku tengok generasi PAS sekarang senang sikit daripada dulu. Yelah dulu yang banyak sertai PAS Tuk-tuk Guru, Lebai-lebai, cikgu-cikgi dan lain-lain. Sekarang ni tokoh-tokoh koporat dan orang-orang kaya banyak sertai PAS, golongan intelektual dan lain-lain. Kiranya PAS dah berubah. Namun perjuangan tetap sama. Dulu tak ramai golongan muda yang sertai PAS namun sekarang golongan muda dah berubah. Mereka yakin dengan PAS.


Pimpinan PAS bersilih ganti, aku tetap dengan PAS. Pelbagai cabaran yang timbul namun parti ini tetap utuh. Aku yakin kerna pesan Tuk Guru, Parti yang berjuang dijalan Allah akan dijaga oleh Allah. Aku titipkan terima kasih pada guruku yang disayangi Allahyarham Ustaz Amirrudin dan disuraunya aku mencari ilmu perjuangan di Surau Sungai Jahit, Kampung Dong. Aku Cuma harapkan anaknya Ustaz Yasir meneruskan perjuangan namun apakan daya, kesihatan beliau tidak mengizinkan. Namun aku berharap, terus berharap dan berdoa agar dia sihat kembali dan dapat berjuang seperti dulu dan seperti ayahnya.



Ustaz Yasir semasa sihatnya............

Wednesday 30 December 2009

Drama : Anugerah Skrin “ Tersasar Di Jalanmu “

Oleh : aidilbalsus

Salam Wajah-wajah,

Pernah sekali dulu aku ke Pejabat Agung kat “Chow Kit”, ada urusan sikit kat sana, masa tu ada banyak nasi bungkus diaorang pelawa aku makan. Lepas makan aku tanya sahabat AMAL yang jadi “guard” situ mana tandas di tunjuk aku terus pergi, pas tu lepak luar tunggu member. Sekoyong-koyong lepak tiba-tiba ada awek cun gila dengan seksinya masuk selamba ke Pejabat Agung, cakap-cakap sikit kat guard tu pas tu terus sambar nasi bungkus kat dalam tu. Sahabat-sahabat lain terkejut. Pas tu aku tanya kat sahabat AMAL tu. Dia kata memang selalu kita bagi nasi bungkus kat penghuni Chow Kit atau Lorong Haji Taib ni. Kira Pejabat Agung tu macam pejabat “welfare” dah. Bangga sungguh aku dengan kata-kata sahabat tu.

Penghuni Lorong haji Taib memang banyak yang “sasar” atau “tersasar”. Itulah apabila Hukum Allah tak didaulatkan. Maksiat dimana-mana akhirnya timbul pelbagai penyakit. Namun adakah kita ingin menunding jari kepada mereka semata-mata. Mungkin ada sebab mereka jadi begitu, namun apakah tindakan kita, adakah menghukum dan terus menghukum mereka dengan penghinaan? Sehingga anak-anak kecil yang menjadi penghuni disitu kita terus dihina. MasyaAllah... mereka tak minta jadi begitu. Jangan kerana kesalahan orang lain kita bebankan kepada mereka. Aku yakin mereka tidak mahu jadi begitu namun apa yang boleh buat. Janganlah kita hanya asyik memandang jijik semata-mata namun bantu sekadar yang termampu agar mereka Pulang Kembali. Pernah saya katakan jangan kita ikut melayu yang suka menghina orang.

Ingat....hidup ini juga umpama garisan. Sekejap kita disini dan sekejap saja kita diseberang. Hidup umpama "roller coster", kejap diatas dan sekelip mata di bawah.

Tahniah PAS pusat kerana banyak melakukan program untuk penghuni di sana. Terasa sebak diriku tertanya-tanya “Apakah yang anak-anak itu makan malam ini?”

Tahniah kepada Pengarah Erma Fatimah mengangkat nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan paparan kasih sayang.



P/S : Teringat aku kat awek cun tu. Terpikir dalam hati aku “Alangkah baiknya dia jadi bini aku daripada dia duduk disini......” Bukan menggatal tapi hanya terpikir je........ Bagai Air dibawa lalu....ceewaaahhh.......

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Realiti Lorong Haji Taib dorong Erma berkarya

Hazayani Zakaria / Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Sebut sahaja Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur, pasti terbayang suasana kehidupan gelap penghuninya yang terdiri daripada golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan mak nyah.



Melihat sendiri realiti kehidupan komuniti di Lorong Haji Taib, pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Erma Fatima mendapat inspirasi untuk mengangkat permasalahan sosial yang telah sekian lama bersarang di lorong berkenaan ke dalam drama 'Tersasar Di Jalanmu'.Kekuatan drama yang terletak pada nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan paparan kasih sayang yang ditonjolkan itu akhirnya melayakkan ianya diangkat sebagai karya terbaik di Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009), baru-baru ini.

Kemenangan itu didedikasikan khas kepada komuniti yang tinggal di lorong berkenaan yang merupakan golongan yang tidak seharusnya disisihkan, sebaliknya perlu didekati dan diselami perasaan dan naluri mereka. Sebagai menghargai kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh warganya sepanjang pembikinan drama berkenaan, satu majlis jamuan penghargaan diadakan khas untuk mereka di Lorong haji Taib malam tadi.

Harakahdaily merupakan salah satu media yang diundang untuk sama-sama meraikan golongan yang kurang berasib baik itu. Biarpun dalam keadaan yang sederhana, namun majlis berkenaan tetap meriah dengan kehadiran warga lorong Haji Taib termasuk kira-kira seratus anak-anak dari Rumah Nur Salam, iaitu sebuah pusat aktiviti dan rumah perlindungan untuk kanak-kanak di Chow Kit.

Dihadiri barisan pelakon yang menjayakan drama berkenaan, majlis malam tadi diisi dengan persembahan berbentuk Islamik seperti nasyid dari kumpulan Brothers dan penasyid solo yang sedang mencipta nama, Muaz yang juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad. Majlis turut diserikan dengan selawat dari anak-anak Rumah Nur Salam selain acara tayangan drama berkenaan yang sebahagian besar lokasi penggambarannya dibuat di Lorong Haji taib.

Erma ketika ditemui harakahdaily semasa majlis berkenaan,mengakui bahawa perubahan terhadap komuniti di lorong berkenaan tidak akan berlaku dalam sekelip mata namun beliau yakin dengan bantuan pemimpin-pemimpin yang mahu melihat perubahan positif terhadap komuniti ini, lorong yang sudah sebati dengan segala macam gejala sosial itu dapat dibersihkan. "Perubahan tidak boleh dibuat dengan mendadak, tapi harus dibuat perlahan-lahan dan setiap perubahan itu kena betul caranya.Tidak boleh ada paksaan sebab mereka yang tinggal di sini pun bukan mereka yang baru tinggal sehari dua. "Saya percaya pemimpin-pemimpin tahu caranya untuk secara perlahan-lahan membersihkan tempat ini menjadi tempat yang biasa, bukan lagi lorong gelap," katanya yang telah banyak mengarahkan drama, filem dan teater yang memberikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat.

Ditanya samaada beliau sedia berkerjasama dengan PAS dalam manjalankan program kemasyarakatan, Erma berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan. "Sebenarnya kita perlukan sokongan daripada mana-mana pihak.kita tidak ada masalah dalam usaha itu dan saya tidak meletakkan politik itu sebagai halangan atau politik itu sebagai satu keharusan kerana dalam hal membantu masyarakat ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. "Cuma kalau ia dilakukan secara berkumpulan, sudah tentu kita lebih kuat dan lebih mudah.Soal nak bekerjasama dengan ahli politik,dengan NGO atau nak bergerak sendiri, ia agak subjektif asalkan ada usaha," katanya mengakhiri perbualan.

Drama "Tersasar Di Jalanmu' berkisar kepada permasalahan sosial yang bermaharajalela di kawasan Lorong Haji Taib terutamanya di kalangan orang Melayu. Drama itu turut mempamerkan watak seorang kanak-kanak perempuan, Ayu yang mempunyai semangat dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Menteri demi mengubah kehidupan penghuni Lorong Haji Taib. Turut hadir pada majjlis berkenaan, Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusuf.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang pada awalnya merancang untuk bersama-sama pada malam tadi tidak dapat berbuat demikian akibat faktor kesihatan. PAS dan Lorong Haji Taib sudah menjadi sebahagian daripada tangungjawab PAS memandangkan Pejabat parti itu terletak di kawasan berkenaan. Sejak mula operasi berpindah dari Markaz Taman Melewar ke Lorong Haji Taib, PAS seolah-olah sudah sebati dengan kehidupan penghuninya malah usaha mendekati mereka dilaksanakan dari awal lagi. Pelbagai program direncanakan sebagai langkah membantu golongan ini.

Usaha kebajikan yang popular di kalangan gelandangan di kwasan sekitar dan menjadi rutin wajib bagi kakitangan pajabat PAS ialah pemberian nasi percuma pada setiap Jumaat. Sudah hampir dua tahun rutin itu berjalan malah sudah menjadi sesuatu yang mesti kepada golongan ini untuk menjengah pejabat PAS setiap jam enam petang Jumaat untuk mendapatkan sebungkus nasi tanpa perlu bersusah payah mencari sumber lain untuk hari itu. Selain rutin wajib itu, beberapa program lain turut diadakan diadakan di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS.



Terbaru, pada Ramadhan lalu, hampir sehari lajnah ini menyantuni penghuni Lorong Haji Taib. Bermula jam 2 petang dengan membuka kaunter pemeriksaaan kesihatan dan nasihat guaman dan beberapa kaunter lagi sehinggalah kepada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan raya kepada mereka. Usaha-usaha murni ini walaupun tidak seratus peratus membawa perubahan kepada penghuninya, namun sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Para pimpinan dan petugas PAS pula sudah semestinya tidak pernah berputus asa dalam menyantuni golongan ini malah akan meningkatkan usaha untuk membuat perubahan kepada persekitarannya.

Saranan Tuk Guru : Islam hak milik semua bangsa

Oleh : aidilbalsus

Firman Allah di dalam Al-Quran “ …..Sesungguhnya Allah menciptakan kamu dikalangan manusia bersuku-suku, berpuak-puak, berbangsa-bangsa dikalangan laki-laki dan perempuan agar kamu saling mengenali......”

Berita hari ini cukup menarik untuk dibaca dan kita renung bersama apa yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Saya menyokong penuh hatta Perdana Menteri jika bukan bangsa Melayu pun saya tidak kisah sebab bumi ini milik Allah bukan milik Melayu. Sebab Melayu hanya bangsa yang diciptakan oleh Allah sama seperti Cina dan India. Jika PM Cina atau India apa salahnya asalkan dia Islam yang baik. Buat apa Melayu kalau Islam atas nama atau warisan tapi jahat macam iblis.



Yang mulia bukan bangsa tapi yang bertakwa dan beramal soleh yang dipandang oleh Allah S.W.T. Saya sangat pelik sesetengah orang ULTRA umno terlalu sinis dengan bangsa lain sambil dengan hujah “dungu” diberikan “......habihlah melayu kalau bangsa lain naik....” sambil diselitkan peristiwa 13 mei. Namun saya sebagai anak muda millennium takkan nak termakan hasutan ala 50an tu. Sebab inilah orang Cina atau India bukan Islam takut nak bersama Islam sebab sikap kita orang Melayu Islam yang prejudis dengan mereka. Sebab orang Melayu tak tunjuk apa yang diajar dalam Al-Quran dan Hadis. Kita banyak ikut Nafsu dan dendam. 50 tahun lebih merdeka kalau umno kata perjuangkan Islam saya yakin 80%-90% rakyat Malaysia dah beragama Islam. Tapi……..malas nak sebut dah.

Saya nasihatkan jangan kita ikut melayu kalau nak selamat dunia akhirat, tapi kita kena ikut Islam kalau nak selamat. Kadang-kadang saya malu mengaku melayu sebab antaranya “JUARA PUSAT SERENTI………MELAYU”. Hasil didikan umno selama ini. Oleh itu cukup-cukuplah. Umno tak perlu pujuk PAS nak bersatu sebab Melayu dan Islam sebab takda apa yang manfaat umno buat selama ni untuk memartabatkan Islam. Setakat alasan buat Masjid kat England ada masjid, USA ada masjid. Sudah-sudahlah tu.

P/S : YB Khalid Idham Lim calon PM masa hadapan…..Wak Albanjary mesti sokong.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mustafa Ali sokong saranan Nik Aziz

Salma Husin / HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Setiuasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyokong saranan agar semua orang boleh menjadi ketua kerajaan tanpa mengira bangsa dengan syarat dia seorang Islam yang baik.

Namun, Mustafa mencadangkan agar syarat baru itu tidak hanya untuk Menteri Besar Kelantan sahaja bahkan juga pemimpin utama negara. "Saya tidak setuju ia terbatas kepada Kelantan sahaja tetapi seluruh negara dan perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan semua orang, tanpa mengira dia Cina atau India, dengan syarat Islam boleh menjadi perdana menteri dengan syarat dia memenuhi kualiti kepimpinan yang baik," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau sedia meminda perlembagaan Kelantan untuk membolehkan orang bukan Melayu boleh menjadi menteri mesar negeri itu. Namun, segelintir pemimpin Umno menolak cadangan itu dengan andaian ia membelakangi kepentingan Melayu. Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai hilang kredibiliti dan tidak perlu lagi diulas sebarang kenyataannya.

Ketika mengulas pandangan balas itu, Nik Aziz menyifatkan mereka yang mempertikaikan cadangannya melantik orang Cina Muslim sebagai ketua kerajaan di Kelantan sebagai taksub kepada bangsa sendiri. Katanya, bangsa Cina yang beriman kepada Allah tidak menjadi kesalahan dilantik sebagai pemimpin, memandangkan pemikiran mereka sudah lama maju ke hadapan. “Pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana taksub kepada bangsa sendiri,” katanya di sini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno begitu taksub terhadap bangsa sehingga menganggap bangsa lain tidak layak menjadi pemimpin. “Walaupun bangsa lain itu warak, takwa, pelajaran tinggi, namun kerana terikat dengan bangsa mereka tidak bersetuju,” ujarnya. Menurutnya juga kenyataan pemimpin yang enggan menerima kemampuan bangsa lain menyebabkan Umno tidak tempat dalam politik negara pada masa akan datang.

Malah katanya akan lebih memburukkan imej Umno di kalangan masyarakat Cina. “Kalau bangsa Arab sekali pun jahat nak jadi Menteri Besar saya tidak terima, tetapi kalau orang Cina berperangai baik, saya akan menyokongnya. Menurutnya, dengan cara ini akan memperluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat pelbagai bangsa.

Ketika ditanya adakah undang-undang membenarkan pelantikan itu kata beliau perkara tersebut boleh dipinda.

Tuesday 29 December 2009

GAMBAR TEBAIK 2009

Salam Wajah-wajah..........

Tengah update blog n tambah apa-apa yang patut. Abuikhwan ajar aku ape yang patut diletak (biasala budak baru belajar......hehehhe). Pas tu dia balik and cek apa yang patut.

Tengah cek folder lama2 kat PUTRA tiba-tiba......jeng...jeng...jeng.....jumpa gambar dibawah. Gambar terbaik yang rasa aku pernah tengok......hehehehe......

Rombongan Al-Haras, blogger Abuikhwan dan sahabat2 surau balok permai ke Kuantan Specialist melawat saudara Zul yang kurang sihat. Lebih kurang OGOS 2009.

Yesss....gambar TERBAIK 2009.

P/S : Kuat sangat keja tu.....ahaks......Anugerah Anggota AMAL bersemangat WAJA. ( jangan lupa makan ubat)............ : )



Thursday 24 December 2009

TOKOHKU : Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad(1927 – 1964)

SUMBER : Internet

SUNTINGAN : aidilbalsus



Butir diri:

Nama penuh: Zulkifli bin Muhammad

Tarikh lahir: 22 Mac 1927 bersamaan 19 Ramadhan 1345 M

Tempat lahir: Kampung Kota Lama KIri, Kuala Kangsar, Perak.

Adik beradik: 10 orang

Pekerjaan: Ahli Parlimen Kawasan Bachok, Kelantan

Meninggal: Pada 6 Mei 1964 dalam kemalangan jalan raya dunia

di Kuantan ketika berusia 37 tahun.



Pendidikan

- Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Parit hingga tamat Darjah 5.

- Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat 'Madrasah Azizah' sehingga tahun 1937.

- 1940, memasuki Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Lumpur.

- 1947, melanjutkan pelajaran ke Universite AL-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.



Anugerah yang diterima:

- Mendapat gelaran 'Profesor' dari Universitas Walgading, Indonesia sewaktu beliau berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

- Beliau dianugerahi Pingat Dato' Paduka Mahkota Kelantan pada 11 Julai 1964.



Kegiatan:

- 1951 Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.

- 1954 Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.

- 1955 Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu Malaya. Pensyarah Kolej Islam Malaya di Kelang.

- 1955 Menyertai pilihan raya Kawasan Parlimen bagi kawasan Kelang.

- 1959 Menyertai pilihan raya Kawasan Parlimen bagi kawasan Bachok, Kelantan.

- 1959 Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Islam Se-Tanah Melayu.



Jasa dan sumbangan.

- Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.

- Menentang Malayan Union.

- Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan.

- Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953), Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (1965).

- Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.

- 1959-1964 Ahli Parlimen kawasan Bachok.



Sumbangan kepada Gerakan Islam: Ahli Parlimen yang BerjayaSepanjang tahun 1959 hingga 1964 penglibatan Zulkifli Muhammad paling menonjol sebagai seorang Ahli Parlimen. Beliau menggunakan seluruh peluang yang ada sebagai seorang wakil rakyat bagi menyuarakan pandangannya dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan masyarakat.Beliau merupakan wakil rakyat yang sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan. Sama ada persidangan berjalan selama satu minggu atau dua minggu atau sebulan mahupun dua bulan, Zulkifli Muhammad tetap berada dalam persidangan tersebut. Demikian juga, sama ada persidangan berakhir pada pukul 6:30 petang atau pukul 10:00 malam atau pukul 1:00 pagi, Zulkifli Muhammad tetap berada sehingga akhir persidangan.



Zulkifli Muhammad mencatat sejarah apabila berucap selama empat jam di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang Undang-undang Malaysia.Di sidang Parlimen, beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menarik balik pengiktirafan ke atas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.Zulkifli Muhammad juga menyarankan agar kerajaan persekutuan menghantar memorandum ke PBB membantah tindakan ganas Perancis ke atas Algeria.Di sidang Parlimen juga Zulkifli mencadangkan supaya kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan sebuah komanwel negara-negara Islam.



Zulkifli Muhammad juga bercakap tentang membanteras amalan rasuah, menggalakkan masyarakat desa terlibat dalam industri kecil, ancaman getah tiruan dan memajukan industri getah tanah air serta pembangunan bandar agar tidak tertumpa di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semata-mata.Zulkifli Muhammad sering secara tajam di Parlimen menyeru agar kerajaan wajib berhemah dan berhati-hati dalam menggunakan wang negara. Beliau mahu tidak sesen pun wang negara dikeluarkan secara sia-sia. Ini kerana menurutnya, wang negara adalah wang hasil titik peluh rakyat.Oleh yang demikian tidak hairanlah bila dia dipilih sebagai anggota dalam Jawatankuasa Kewangan Negara. Pandangan dan syor-syor yang telah diberikan semasa menganggotai jawatankuasa tersebut amat berguna kepada kesejahteraan negara.



Zulkifli Muhammad juga berhujah panjang lebar menyeru kerajaan agar meningkatkan usaha menaikkan status Islam memandangkan sikap liberal UMNO dalam persoalan agama Islam.Pernah seorang ahli Parlimen Perikatan dari Pahang secara rahsia menemui Zulkifli Muhammad meminta beliau menyuarakan hak istimewa bangsa Melayu dalam sidang berikutnya. Ini kerana tidak ada ahli Parlimen yang mampu berucap selantang Zulkifli Muhammad apabila menyentuh kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.



Ketika Tun Abdul Razak merayu agar Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1960, Zulkifli Muhammad dan ahli-ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah disalahguna demi kepentingan politik UMNO-Perikatan.Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis politik pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen PAS seperti Nik Abdullah Arshad dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan kemudian di bawah akta tersebut.Dengan kelantangannya inilah, Zulkifli terkenal sebagai seorang pemimpin PAS dan di antara Ahli Parlimen yang terulung pada zamannya.



PemergiannyaZulkifli Muhammad meninggal dunia bersama isterinya dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri dekat Kuantan.Kematian mereka berlaku di tengah-tengah kesengitan persengkataan politik di antara PAS dengan UMNO. Bahang kempen pilihanraya 1964 pun masih belum reda. Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi penggal kedua. Berbagai tanggapan dan sangkaan muncul ketika itu. Untuk mengelakkan desas-desus ini Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat. Kata Tunku Abdul Rahman, ianya adalah satu tragedi kemalangan dan takdir Tuhan.Berita kematian Zulkifli Muhammad dan isterinya disiarkan menerusi Radio Malaysia pada pukul 10:00 pagi, 6hb Mei 1964.Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak mengarahkan jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya diterbangkan dengan kapal terbang khas Tentera Udara Diraja Malaysia dari lapangan terbang Kuantan ke lapangan terbang Ipoh. Dari lapangan terbang Ipoh jenazah dibawa dengan kereta mayat Jabatan Ugama Islam Perak ke rumah bapa Zulkifli Muhammad di kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.



Pada hari pengkebumian jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya, lebih dari 10,000 orang termasuk pemimpin-pemimpin negara, para duta negara asing, rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli UMNO dan orang ramai membanjiri tanah pusara tempat mereka disemadikan.Karya PenulisanZulkifli Muhammad telah menghasilkan tiga buah buku:· Masyarakat dan Syariat· Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup· Pegangan Hidup Umat IslamPegangan Hidup Umat Islam ditulis oleh Zulkifli ketika terlantar selama lapan bulan di hospital sekembalinya dari Mesir.



Sepanjang tahun 1945-1947 Zulkifli turut melahirkan idea-idea kreatif yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan. Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental diadun dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.Selain daripada itu, Zul juga banyak menghasilkan tulisan yang berupa rencana seperti:· Falsafah Akhlak dalam Islam· Umat Islam Sekarang Makin Mundur· Peranan Filem dalam Masyarakat· Economic Justice· Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan IslamPejuang Bahasa Melayu Bagi memastikan bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat, Zulkifli Muhammad menyeru supaya kerajaan menyegerakan pembinaan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.Zulkifli Muhammad menyokong cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai satu institusi yang akan memartabatkan Bahasa Melayu.



AnugerahUsaha Zulkifli Muhammad dalam penubuhan Kolej Islam Malaya telah mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA), Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat pada 15 Julai 1957.Bagi mengenang jasanya, Tuanku Yahya Petra, Sultan Kelantan berkenan menganugerhkan bintang Dato’ Paduka Mahkota Kelantan (D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato’ kepada Zulkifli MuhammadNamanya diabadikan pada sebuah dewan di Kota Bharu, Kelantan. Dewan yang dinamakan Dewan Zulkifli Muhammad itu terus menjadi tempat yang penuh keberkatan kerana pelbagai majlis ilmu secara berterusan dianjurkan di situ.

Tuesday 22 December 2009

SANTAI : Kakiku "di makan" ikan...........!!!!!

Salam.....

Jumaat minggu lepas sepupu aku datang ke Kuantan dari Pulau Pinang. Parent diorang ada keja kat Kuantan jadi akulah yang jadi "Tour guard" diorang......................



Sepupuku yang chub...... eheeeeheee..........ahakkssss...........
Ni duaorang lagi......hehehehe.....tengah laporr..........
Lepas tu ke TC.....jumpa spa fish, ikan yang gigit kaki tu entah apa ke namanya. Orang tu kata buang kulit mati dan lancarkan perjalanan darah. Rm10.00 untuk 15min. Tapi kena wat selalu leeerrrrrrrrrr............................
Geli siottttt................tapi lepas tu oklah..............

Konvesyen Blogger PAS 2009 - Foto Vol 1.

Ihsan : abuikhwan.blogspot.com

Ustaz Idris berkata sesuatu kepada Tuan Guru Presiden.
Tuan Guru Presiden merasmikan.
Takbir.........!!!! Pelancaran Kelab Bloggers.
"Dr. Google" pasal spek dia kot...ahaks....
Para peserta....carilah abuikhwan, jeng...jeng...jeng.........

Monday 21 December 2009

Konvesyen Blogger PAS 2009 - Dewan Dato' Fazdil Noor, Taman Melewar

Ahad – 3 Muharram 1431H bersamaan 20 Dis 2009 – Taman Melewar – PAS pusat dengan lajnahnya, Lajnah ICT dan Penerangan PAS Pusat mengadakan Konvensyen Bloggers PAS dan sekaligus melancarkan Kelab Blogger PAS bagi menyatukan semua blogger PAS juga blogger PR untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Program Dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden Dato’ Seri Abdul Hadi yang disertai 300 orang itu berlansung dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Ustaz Idris, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam ucapan aluannya PAS memang mengambil berat dan prihatin dengan bloggers-bloggers. Namun, dia juga meluahkan kebimbangan trend rakyat sekarang lebih suka membaca masalah dalam PR terutama PAS dan pelbagai tomahan yang dilemparkan dari masalah negara. Dia juga mengingatkan para bloggers jangan sekadar “copy and paste” tapi perbanyakkan artikel tempatan yakni ditulis sendiri.

Tuan Guru Presiden dalam ucapannyan, blog adalah satu bidang baru dalam penulisan juga sebahagian dari kewartawanan namun ia memerlukan Kebijaksanaan. Sabda Rasulullah “ kebijaksanaan umpama barang yang tercicir, nescaya ia akan diambil semula apabila tercicir”. Tuan Guru mengingatkan kalau menyampaikan maklumat yang salah yakni fitnah maka mereka akan menanggung dosa dan selari dengan Sabda Rasulullah “ Sesiapa menunjukkan jalan yang baik ia kan dapat pahala dan akan mendapat pahala apabila orang lain mengikutnya walaupun dia telah meninggal dunia. Sesiapa menunjukkan jalan yang buruk ia kan dapat dosa dan akan memikul dosa apabila orang lain mengikutnya walaupun dia telah meninggal dunia”. Tuan guru juga mengatakan Islam bukan agama keganasan kerana Rasullulah berperang tak sampai 2000 yang terkorban. Tapi apabila peperangan melibatkan jutaan korban dari negara Barat tiada siapa yang ambil tahu dan menuduh Islam ganas.

Pada pagi itu juga selain Ustaz Ghani Shamsudin, Ketua Lajnah IT yang membentangkan kertas kerja, Profersor Hassan Hasbullah dari Zethrum Future Studies amat mencuri tumpuan. Gaya seorang tokoh akademik peserta seolah “dipukau” dengan pembentangannya. Permulaan dia memulakan dengan merujuk surah Al-Baqarah ayat 269 dan surah Al-Haqqah ayat 38-52. Kurun 21 adalah kurun informasi dan dia mengelarkan blogger sebagai Genjuis ( Geng Jurnal ). Beliau menerangkan institusi politik mesti tahu bagaimana dunia bekerja. Malaysia adalah pengguna internet luarbiasa iaitu 63% berbanding Negara lain seperti USA hanya 52%. Di masa depan pengguna ingin melihat online clip video kerana trend pengguna yang kurang membaca terutama yang berjela-jela. Beliau juga berkata PAS perlu bersedia dengan Gelombang Ketiga (Wave 3) juga memaksudkan perpindahan dari blog ke video blog. Masa akan datang penggunaan internet di Malaysia sehingga 92% amat mengejutkan peserta kerana kajian dari negara lain amat kecil. Persepsi terhadap PAS seimbang tetapi persepsi terhadap kepimpinan perlu dititik beratkan. Beri perhatian pada Facebook, myspace dan twitter pengguna dikalangan 18-30 tahun. “ Yang akhir sekali kita mesti bersekutu membuat perubahan” katanya merujuk dengan mengajak semua blogger PR berbincang kerana katanya kajian menunjukkan blogger yang menyokong PAS pada 2008 ada yang sudah tidak menyokong lagi. Oleh itu Perubahan perlu dibuat seterusnya.

Nota : Gambar-gambar akan menyusul kemudian.

Wednesday 16 December 2009

Buku Yang Perlu Dimiliki

Dari Blog : http://matlamat-akhirat.blogspot.com/






Oleh:
Al-Ustadh Sa'id Hawwa

Terjemahan:
Al-Ustadh Mohd. Akhir Hj Yaacob (UKM)



Terjemahan dari kitab asal bertajuk

Jundullah: Thaqaafatan wa Akhlaaqan di bawah bab Al-Jihaad Fii Sabilillah Duuna Khaufin Min Laumi Al-Laaimiina

Diterbitkan oleh:

DEWAN PUSTAKA FAJAR (DPF)


DAFTAR KANDUNGAN

MUQODDIMAH
Cabaran & Tentangan
Mujahid Memerlukan Ilmu & Iman
Kewajipan JIhad & Al-amr bil Ma'ruf wa Al-Nahyu 'anil Munkar
Jihad Hati Martabat Paling Rendah
Pengertian Sebenar Jihad Hati
Jihad Hati Perlu Ada Batasnya
Kesimpulan - Pembahagian Jihad

BAB PERTAMA
JIHAD DENGAN LISAN
Cara-cara Jihad Dengan Lisan
Menyebarkan Buku Islam
Majalah, Suratkhabar Dan Pamplet
Syarahan Dan Pengajian Umum Di Masjid Atau Di Rumah
Da'wah Secara Individu, Ziarah, Kunjungan Dan Majlis Ilmu
BAB KEDUA
JIHAD PENDIDIKAN (TA'LIM)
Cara-cara Jihad Ta'lim
Mengadakan kursus
Mengulangkaji atau membaca
Membuka sekolah-sekolah agama
Mengadakan halaqah mengajar di masjid
Mengadakan rehlah (perkelahan) dan khemah kerja
Mengadakan kelab-kelab keilmuan Islam
Mengajar di sekolah-sekolah

BAB KETIGA
JIHAD DENGAN TANGAN DAN DIRI
Jihad Dengan Diri Di Dalam Negara Islam
Jihad Dengan Diri Dan Tangan Ke Atas Negara Musuh

BAB KEEMPAT
JIHAD POLITIK (SIYASI)
Jihad Politik Dalam Negara Islam Yang 'Adil
Jihad Politik Dalam Negara Islam Yang Menyeleweng
Jihad Politik Dalam Negara Kafir


BAB KELIMA
JIHAD HARTA (AL-MAL)


PENUTUP (KHOTIMAH)

--

RINGKASAN KATA PENGANTAR PENERBIT
Buku ini merupakan jilid keempat dan terakhir dari buku asal bertajuk "JUNDULLAH: Thaqafatan Wa Akhlaqan" karangan Al-Syeikh Sa'id Hawwa.


Beberapa buku lain berkenaan Jihad:
Jihad Dalam Islam (S. Abul A'la Maududi)
Risalah Jihad (Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Jihad Fi Sabilillah (Al-Syahid Sayyid Qutb)
Jihad Dalam Islam ('Abdul Hameed Siddiqi)
Selain daripada buku-buku diatas masih terdapat banyak tulisan-tulisan berkenaan Jihad masih dalam bahasa 'Arab, Inggeris, Urdu, Parsi dan lain. (Saya memandang bahawa banyak usaha penterjemahan perlu dilakukan agar mutiara-mutiara ilmu kebijaksaan ini dapat dini'mati oleh masyarakat yang hanya memahami bahasa Melayu.)


Rabi'ul-Awwal 1406
Novemver 1985
Shah Alam, Selangor.

Tuesday 15 December 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Renungan bersama…………………………

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

MAAL HIJRAH 1431

Assalamualaikum,



Salam maal hijrah, dah nak masuk tahun 2010. Berkurun tak update blog ni. Adeh apadaa.........



Ni nak pegi Konvensyen Bloggers PAS ni kat Taman Melewar. Nanti belakang punya cerita kita lawan.........Allahuakbar.....................Sebelum sabtu ni kena gi ke temerloh kursus Pengundi Muda....



Jadi kena siap keja kat ofis (Keja mesti beb, nanti soru miss).................


Wassalam.................




P/S : Rindu kat sepupu ni........masih di UK.......................Kesian.....tapi demi Ilmu......Tapi aku lagi kesian tak dapat pegi UK........huuwaaaaaaaaaa........tulaaahhhh malas belaja masa sekolah.....huhuhu...........